10 Kesalahan Biasa Dalam Pemasaran Internet

Kesalahan Biasa Dalam Pemasaran Internet - Ompact.my

Cara pemasaran online yang efektif, Menurut pakar pemasaran internet ,

Pemasaran internet boleh jadi sangat hebat tapi perlu dilaksanakan secara effektif. Banyak “Internet Marketer” sama ada baru belajar atau veteran melakukan kesalahan yang sama dalam usaha pemasaran internet. Di sini ada beberapa kesilapan pemasaran untuk kita “try” tengok dan elak.

1. Membuat Pelawat Menunggu

Jangan sangka yang internet semua orang laju. Kalau “Server” kita perlahan atau grafik dalam laman memperlahankan laman web kita untuk dibaca maka ucap selamat tinggal kepada pelanggan kita.

Untuk laksanakan cara pemasaran online yang efektif  kita perlu letakkan informasi dimana orang ramai dapat lihat dan baca dengan cepat.

2. Masalah Teknikal

Jangan sangka semua orang ada program versi terbaru untuk membolehkan mereka melihat website kita. Bukan semua orang ada perisian Macromedia Flash.  Jadi perlu sentiasa ada HTML dan versi teks yang bersedia untuk pengguna-pengguna seperti ini.

3. Tidak Memasarkan Secara “Offline”

Matlamat biasa kita ialah untuk pandu trafik ke laman web kita tapi kita kena ingat yang tidak ada orang yang akan “online” sepanjang masa.

Untuk berjaya dalam memasarkan laman web, kita perlu pasarkan secara “offline” juga.

4. Laman Web Anda Tidak Termasuk Dalam Senarai Enjin Carian

Betapa ramai orang yang guna enjin carian dengan kerap tapi tak peduli untuk masukkan laman web kita sendiri dalam senarai enjin carian.  Ini adalah satu kerugian.

Carilah cara untuk naikkan nama web kita di enjin carian. Belajarlah SEO (Search Engine Optimization & Marketing).

5. Selalu Tidak “Update” Pada Waktunya

Terlalu banyak perniagaan yang membiarkan lama web mereka menjadi kosong dan kurang aktif. “Website” kita perlulah sentiasa dikemaskini kalau kita betul serius nak tarik pelanggan ke “Website” kita.

“Website” yang tidak aktif akan menyebabkan kita kehilangan pelanggan.

6. Kerjasama Yang Berhati-Hati

Berhati-hati dengan orang yang bekolaberasi dengan kita. Sesetengah spammer dan syarikat “Spyware” mengendalikan program bersama pendaftaran dan “Affiliate” yang melanggar Akta CAN- SPAM dan kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan lain.

Sebelum menanda tangan perjanjian dengan mana-mana pihak ketiga, pastikan kita siasat rakan kongsi kita dan pastikan mereka beroperasi di atas lembaga.

7. Dekati Pelanggan Dengan Cara Yang Betul

Kalau nak cuba buat seseorang pelanggan mendaftar “Newsletter” kita atau membuat pembelian, jangan buat mereka terkejut dan berasa pelik.

Setiap soalan yang kita tanya kepada pelanggan melebihi nama dan alamat email, ia menunjukkan yang pelanggan tersebut berpotensi.

8. Tidak Gunakan Kelebihan Viral

Membuatkan pelanggan buat kerja untuk kita adalah sangat kos effektif contohnya, mereka “forward” pada kawan-kawan mereka “link” tawaran. Pemasaran “Offline” juga digalakkan yang dikenali sebagai cara pemasaran menggunakan mulut dalam dunia “Offline”.

9. Tidak Ambil Peluang Kumpul Alamat Email

Pemasaran “online” yang berjaya memerlukan orang yang ramai. Ambil setiap peluang untuk kumpul alamat email dari pelawat kita untuk cipta senarai yang beri kebenaran (“Subscribe”) untuk meneruskan pemasaran kepada sasaran penonton.

10. Spamming

Jangan terpengaruh dengan godaan spamming. Pemasaran hanya melalui senarai orang yang “Subscribe”. Jika kita ada keraguan atau kita tidak pasti sama ada kita “spamming” atau tidak, jangan hantar email kita.

Satu email yang dipersoalkan cukup untuk anda dilabel sebagai spammer oleh ISP. Akibat dari perkara ini boleh menyusahkan kita untuk lakukan pemasaran email di masa hadapan.

Kredit foto: inspiredbusinessservices.com

Add Comment