10 Kesalahan Biasa Dibuat Dalam Perniagaan “Online”

Kesilapan Biasa Bisnes Online - Ompact.my

Menurut Corbett Barr seorang usahawan yang berpengalaman,

Perkara biasa yang kita sembang dengan rakan bisnes kita ialah mengenai kesalahan yang dibuat bila nak mula berniaga.

Orang yang baru nak mulakan perniagaan mesti nak tahu apa kesalahan yang biasa dibuat untuk dihindari. Golongan veteran pula suka bercakap mengenai perkara yang dapat kembangkan bisnes mereka seperti buat sesuatu yang unik atau berbeza.

Salah satu cara memulakan perniagaan online adalah dengan mengenali 10 kesalahan yang biasa dibuat orang apabila nak mulakan bisnes “online”.

1. Menunggu Terlalu Lama Untuk Melancarkan Sesuatu Produk/Servis

Biasanya kita mulakan dengan blog atau “podcast” kerana boleh dapatkan banyak pelawat dengan mudah. Ia begitu mudah sehingga menyebabkan anda tersekat dengan kandungan yang lama selama berbulan atau bertahun tanpa dapat menjual sesuatu.

Antara sebabnya:

  • Tak ada masa untuk blog, podcast dan bina produk dalam satu masa yang sama.
  • Takut mulakan kerana takut gagal.
  • Risiko besar dalam niaga adalah apabila anda membuat sesuatu yang orang tidak akan bayar.
  • Perlu latihan dan jangan takut lancarkan produk.  Sedikit demi sedikit anda semakin mendekati matlamat anda.

Baca juga: Salah Besar “Owner” Produk Bisnes Baru

2. Menyelesaikan Masalah Yang Tak Penting

Jika produk/servis yang anda jual dapat selesaikan satu masalah yang penting, maka orang akan cari anda. Contoh mudah adalah penawar pada kanser.

  • Bisnes gagal kerana produk anda menyelesaikan masalah yang orang tak alami/ tak kisah
  • Anda perlu cari masalah yang penting bukan mendapat ramai pelawat.

3. Tak Nak Dengar Apa Pelanggan Kata

Macam mana anda nak tahu masalah yang anda cuba nak selesaikan adalah masalah yang cukup penting?

  • Dengar apa pelanggan nak cakap.
  • Dengar kata orang yang minta duit mereka dikembalikan dan orang yang beli produk anda tetapi tidak menggunakan produk anda.
  • Dengar kata orang yang beritahu anda mereka tak nak mahu produk anda
  • Tanpa pelanggan, tiada perniagaan.

4. Tak Cukup Kelainan

Dunia perniagaan tak boleh lari dari persaingan dan pelanggan mempunyai pelbagai pilihan. Anda perlu beri sebab kenapa pelanggan perlu pilih produk anda.

Fikir dari perspektif pelanggan dan pembaca. Mereka mungkin fikir kenapa blog anda berbaloi untuk diluangkan masa. Anda perlu ada jawapannya.

Anda tak boleh harap untuk dapat pelanggan yang ramai jika laman web anda sama dengan laman web orang lain. Walaupun anda mempunyai produk atau laman web yang lebih baik, ia hanya baik secara subjektif.

  • Selain dari menjadi lebih baik anda perlu jadi berbeza.

5. Pilih Sesuatu Topik Yang Anda Sendiri Tak Ambil Tahu Tentangnya

Apa-apa topik yang anda pilih, anda perlukan:

  • Pengetahuan yang mendalam.
  • Kreativiti yang segar.
  • Stamina yang tidak berbelah bahagi.
  • Bila anda suka apa yang anda buat, kreativiti akan mengalir, stamina tidak menjadi masalah dan mudah bina pengaruh.

6. Mulakan Dengan Jauhkan Diri Dari Salah Sangka

Perniagaan memerlukan banyak kerja dan perlu diluangkan masa yang banyak. Kejayaan segera tidak mungkin didapati.

Tanya diri anda:

  • Adakah perniagaan ini berbaloi jika mengambil masa bertahun-tahun untuk capai matlamat?
  • Macam mana kalau perniagaan anda lebih susah dan lebih banyak tekanan berbanding kerja anda sekarang?

— dapatkan jawapannya melalui:

  • Bersembang dengan usahawan yang sudah mencapai apa yang anda cuba capai.
  • Tanya mereka tentang tekanan, garis masa dan putus asa.
  • Beritahu mereka untuk ceritakan tentang realiti hal perniagaan yang sebenar.
  • Bersedia untuk hadapi situasi sebenar versi anda sendiri.

7. Luang Terlalu Banyak Masa Untuk Berfikir Tetapi Tak Mahu Laksanakan

Jika hasrat anda untuk laksananya kurang dari 80% maka tingkatkan lagi. Laksanakannya lebih baik berbanding banyak fikir tapi tak mengambil langkah mula.

8. Berniaga Seorang Diri

Seorang kawan usahawan boleh menghalang anda dari berhenti berniaga. Tiada orang yang mampu berniaga seorang diri. Anda perlukan sokongan untuk menjalankannya. (orang ramai, pembekal, pembekal perkhidmatan).

Anda perlukan sokongan dari usahawan yang berada di peringkat yang sama dengan anda dan orang yang lebih berpengalaman.

Semakin banyak anda berhubung dengan usahawan lain, semakin terbuka minda anda. Anda akan sedar bahawa ramai yang menghadapi rintangan yang sama dengan anda.

  • Dekati 1 atau 2 usahawan lain, jumpa mereka setiap minggu untuk berkongsi perjuangan dan matlamat anda untuk lihat semula kemajuan anda setiap minggu.
  • Cuba buat proses-proses ini. Proses mudah ini begitu berkesan.

9. Keliru Antara Perniagaan Dengan Blog

  • Blog bukanlah suatu perniagaan.
  • Blog adalah tempat untuk berkongsi, berhubung dan meramaikan pelawat. (seperti YouTube, podcast dan sebagainya.)
  • Berikan kandungan secara percuma bukanlah suatu perniagaan. Ia adalah alat untuk bina pengaruh.
  • Jangan bergantung pada pengaruh untuk tujuan penajaan atau pengiklanan.

10. Tidak Mulakan Langsung

Jangan jadi orang yang tahu bercakap tetapi tak nak laksanakan. Kejayaan dalam perniagaan bukanlah sesuatu yang pasti.

Ia memerlukan keberanian, kecerdasan, hati dan susah payah. Anda akan jadi lebih baik dari masa ke semasa hanya jika anda bermula.

Cara memulakan perniagaan online terbaik untuk pastikan anda berjaya ialah jangan takut terbuat sesuatu kesalahan. (ia sebahagian dari proses untuk berjaya).

Nasihat terakhir —- Mulakan dan cari komuniti untuk sokong anda.

Baca juga: 8 Dosa Besar Yang Kita “Terbuat” Bila Jual Produk Di Media Sosial

kredit foto: lorirtaylor.com

One Response

  1. mohd afri tangilol 20/09/2016

Add Comment