10 Sebab Kenapa Orang Tak Beli Barang “Online” Anda

Cara Memasarkan Produk Online - Ompact.my

Menurut pakar pemasaran perniagaan dalam “website” Conversation2sales.com,

Apabila jualan kita tak seperti apa yang kita harapkan. Boleh jadi kita akan salahkan orang lain atau kita boleh lihat apa yang kita buat dan perbaiki kekurangan.

Ada 10 sebab kebiasaan orang ramai tak membeli apa yang kita jual untuk kita perbaiki cara memasarkan produk online.

1) Orang Ramai Tak Rasa Selamat Untuk Beli Barang Dari Kita.

Kalau baru nak “try” beli secara “online” sudah tentu kita perlukan sesuatu yang meyakinkan dan selamat untuk orang berjual beli dengan kita. Gunakan sistem pembayaran yang selamat dan meyakinkan orang ramai tentang keselamatan yang mereka peroleh seperti melindungi maklumat kad kredit mereka.

Beritahu mereka, kita akan melindungi kesemua maklumat mereka dan tidak akan menjual mereka punya alamat email.

“Post” syarat-syarat perkhidmatan dan dasar privasi laman web kita supaya orang ramai tahu bagaimana berurusan dengan kita dan tahap keselamatan laman web kita.

Baca juga: Salah Besar “Owner” Produk Bisnes Baru

2) Salinan Iklan Kita Lemah.

Pastikan salinan iklan kita fokus pada kelebihan, terutamanya kelebihan jangka panjang produk atau servis kita. Hanya dengan senaraikan ciri-ciri tidak mencukupi sebagai contoh kita nak jual sebuah kereta tapi hanya nyatakan warna dan saiz enjin.

Tajuk kita harus beri manfaat dan tidak hanya menyatakan ciri-ciri tawaran kita atau tajuk produk kita. Testimoni dan kes kajian menunjukkan bukti sosial di mana produk atau kerja servis untuk memastikan kita memasukkannya sekali.

Perlu ada jaminan yang meyakinkan supaya dapat hilangkan risiko-risiko kepada pembeli secepat mungkin.

3) Pelanggan Tidak Diingatkan Untuk Kembali Dan Melawat Lagi.

Biasanya orang tak mudah percaya dengan kita melainkan setelah beberapa tawaran yang kita buat memotivasikan mereka untuk beli.

Ada tak proses susulan untuk kita dapat kekal berhubungan dengan kenalan pertama supaya tawaran kita berada dalam fikiran prospek apabila mereka bersedia untuk membeli.

4) Orang Tak Tahu Apa-Apa Mengenai Kita Atau Bisnes Kita.

Orang ramai kena tahu dan pastikan:

  • Mereka boleh percaya kita untuk berurus niaga.
  • Kita boleh selesaikan masalah mereka.
  • Kenal kita di bahagian “About Us” di laman web kita.
  • Sejarah perniagaan, profil pekerja, dan kenapa kita berniaga.
  • Testimoni dan kajian kes dari pelanggan kita yang lepas untuk tunjukkan kejayaan kita sebelum ini.

5) Tiada Pilihan Pembayaran Dan Pesanan Yang Cukup.

Mudahkan orang ramai untuk bayar kita. Terima semua kredit kad yang biasa orang guna sama ada dengan akaun yang boleh menerima bayaran dengan debit kad/ kredit kad atau melalui PayPal.

PayPal adalah pilihan yang selamat untuk kita dan pelanggan kita. Menjadikan proses menerima pesanan kita serba boleh. Sebagai contoh, dengan menerima pesanan melalui telefon, faks dan juga “online”.

6) Laman Web Kita Tak Menarik Langsung.

Setiap orang yang datang ke laman web kita pasti tertanya-tanya. Kita perlu tahu 3 soalan teratas yang biasa pelawat kita tanya dan pastikan kita jawab soalan mereka.

Navigasi laman web kita harus jelas kepada pelawat kali pertama kita. Semua grafik sepatutnya berkualiti profesional dan berkaitan dengan tema laman web kita.

Baca juga: 8 Sebab Peniaga Perlu Website Yang Profesional

7) Tawaran Yang Kita Buat Tak Cukup.

Pastikan kita buat susulan kepada orang yang terima tawaran percuma kita. Letakkan tawaran pada laman “Thank you” / Terima kasih”. Sediakan “autoresponder” untuk meneruskan tawaran dan menjawab email pelanggan.

Kita tak sepatutnya berhenti membuat pemasaran kerana “Mc Donald” tak henti-henti membuat pemasaran hanya kerana kita sudah membeli daripada mereka.

8) Sasaran Penonton Kita Tak Tertarik Dengan Tawaran Kita.

Kenali ketakutan, kelemahan dan impian sasaran pemasaran kita supaya kita boleh bercakap mengenai isu-isu ini secara langsung. Seseorang pembeli membeli produk kita kerana produk tu adalah jawapan kepada masalah mereka.

Semakin banyak kita dapat buktikan yang tawaran kita adalah penyelesaian masalah kepada mereka semakin mudah kita memotivasi mereka untuk membeli. Luangkan masa dan duit kita untuk lakukan beberapa penyelidikan jika kita tak tahu cara pemasaran terbaik. Pengorbanan kita tak sia-sia pun.

9)  Iklan Kita Langsung Tak Berubah Semenjak Mula Ia Dihasilkan.

Cara berkesan untuk penukaran iklan adalah mudah iaitu dengan mengujinya. Buat perubahan kecil kepada iklan kita dan iklankan bersama dengan iklan semasa kita untuk “test” tengok mana yang terbaik.

Lepas itu bertetaplah dengan sesuatu hasil yang terbaik. Teruskan untuk menguji dan tukar sehingga iklan kita dapat kadar respon setinggi yang boleh.

10) Orang Tak Perlukan Segera Produk Kita.

Jika kita beri pelanggan masa yang panjang untuk pertimbangkan tawaran kita, ia akan tambahkan kerja mereka saje. Berikan maklumat yang cukup depan mata mereka supaya mereka segera dapat jawapan yang produk kita adalah produk yang dicari selama ni.

Tarik mereka untuk beli segera dengan tawaran yang hebat termasuk beberapa jenis had. Had kebiasaannya:

  • Tawaran masa yang terhad,
  • Bonus yang semakin luput.
  • Kuantiti yang terhad.

Dengan semua 10 sebab ini bolehlah kita perbaiki cara memasarkan produk online kita, elakkan dari membuat kesilapan yang dah dinyatakn dan cuba buat apa yang dicadangkan moga perniagaan kita semakin maju dan menguntungkan.

kredit foto: cdn.psychologytoday.com

Add Comment