10 Tip Berjaya Bina Kempen Google Adwords

Google adwords keyword - Ompact.my

Di sini ada 10 tips yang dikemukakan oleh Jennifer Lonoff Schiff seorang penyumbang kepada CIO.com dan juga menjalankan sebuah firma komunikasi pemasaran.

Selain itu, pengguna dan pakar Google Adwords juga berkongsi nasihat macam mana nak tingkatkan ROI pada kempen Adwords.

Google juga ada kongsikan bagaimana nak pastikan duit kita tidak membazir walaupun dengan bajet yang sedikit.

Untuk maklumat tambahan dan tutorial pada Adwords, layari laman Google’s Adwords sekali dengan Google Ads Channel di YouTube.

1. Matlamat Mesti Jelas

“Apa yang sangat penting dalam setiap kempen SEM (search engine marketing) ialah mempunyai matlamat yang jelas” kata Michael Ortner, seorang CEO syarikat Capterra.

Kempen Adwords sepatutnya untuk meningkatkan jualan sambil melahirkan kesedaran jenama.

Seorang pengiklan perlu tahu langkah spesifik untuk cuba dapatkan sasaran pemasaran. Sebelum kempen kita dijalankan pastikan kita sudah mempunyai matlamat dan tahu bagaimana nak ukur hasil keputusan.

2. Tulis “Ads” Kita Bersesuaian Dengan Sasaran Pelanggan

Pengarah pemasaran Online di Webs9, Alexa Talpau berkata,

“Apabila menulis “ads” ikuti prinsip pemasaran AIDAS”.

Pastikan kita punya ads menarik perhatian pelanggan kita, meningkatkan minat pelanggan, meyakinkan pelanggan yang mereka berkehendak akan produk kita, membimbing pelanggan kearah mengambil langkah dan puas hati jika pilih “website” kita.

3. Jangan Menyesatkan Pelanggan

“Ads” kita perlu keseluruhannya tepat untuk “landing page” yang diiklankan. Perkara yang paling penting sekali jangan sesatkan pelawat kita.

Pastikan setiap kumpulan “ad” semuanya relevan untuk “landing page” yang kita promosikan.

4. Guna Keyword Yang Tidak Ada Kena Mengena Dengan Iklan

Menurut Beth Horodnyk, ia dapat bantu untuk selaraskan iklan kita, menyampaikan kita pada halaman yang lebih relevan.

Ia juga dapat pandu kualiti trafik yang lebih baik dan menuju kepada “landing page”, sambil meningkatkan markah kualiti di Google Adwords.

5. Main Dengan “Keyword”

Buat tiga jenis sasaran “keyword” dalam strategi sasaran:

  • Padanan tepat
  • Padanan frasa
  • Padanan luas

Asingkan kumpulan iklan dengan jenis “keyword” sebagai tambahan kepada kategori untuk kekalkan kempen terancang dan rapi.

Joy Gendusa seorang pakar pemasaran “postcard” memberi cadangan untuk bantu kita capai sasaran penonton dengan gunakan “Google targeting criteria”. Contohnya, gunakan sasaran geografi untuk jalankan iklan kita di tempat yang tertentu.

Kita juga disarankan untuk sasarkan iklan mengikut kepada jenis “website” contohnya, kesihatan, automobile, dll.

Sasarkan juga pada sasaran prospek dengan “function” web tertentu seperti melawat “website” yang tidak relevan pada bisnes kita. Boleh juga kalau nak iklankan iklan anda pada website tertentu jika mahu.

6. Jangan Abaikan Pengguna “Mobile”

Pastikan kita menggunakan iklan pilihan sesuai dengan alat “mobile” dalam kempen kita untuk tingkatkan prestasi kempen.

Dengan ini kita boleh mesej dan buat panggilan untuk bercakap kepada pengguna kita yang menggunakan “mobile”. Ia dapat bantu menambahkan pengguna aktif dan menarik pengguna kepada iklan.

7. Sentiasa Menguji

Uji satu-satu “keyword” dengan cara lihat “keyword” mana yang lebih banyak orang klik pada kempen Adwords kita dan pilih keyword itu.

Buat variasi pada iklan dan pantau yang mendapat klik terbanyak melalui “rate”, kos terendah setiap klik, bilangan penukaran tertinggi dan lain-lain. Selepas itu, simpan iklan yang berprestasi baik saja.

8. Gunakan “Conversion Tracking”

Dapat melihat “keyword” yang boleh dapatkan jualan adalah perkara besar dalam pengurusan “bid” dan dapat mengoptimumkan akaun untuk tingkatkan ROI.

Tanpa penjejak yang betul kita tak boleh jejak dan promote “keyword” yang hebat, iklan atau tema “keyword”.

“Conversion Tracking” membolehkan pengoptimuman yang berterusan berdasarkan data dan menampakkan ROI untuk kita usahakan

9. Perhati Dan Menambah Baik Kempen Kita

Buang keyword-keyword yang tidak efektif untuk kurangkan kos. Setting Adwords boleh diubah sepanjang tempoh kempen. Ambil peluang setiap kelebihan untuk buat perubahan apabila kempen sedang berjalan.

“Jadikan “search term reports” sebagai kawan baik kita”, Salman Aslam.

Ia boleh bantu kita kenalpasti rate “click-through” yang rendah, tertinggi, masa penurunan pada laman dan host kan isu lain yang boleh memberi kesan negatif seperti menjejaskan keuntungan kita.

Buang “keyword” yang dah usang atau yang berprestasi rendah dan gantikan dengan “keyword” baru yang lebih baik.

10. Gunakan Manfaat Pemasaran Semula Google

“Don’t neglect Google’s Remarketing option” – Cristopher S. Penn.

Selagi kita konfigurasikan Google Analytics dengan betul, Smart Lists boleh jejak siapa yang melawat “website” kita termasuk kempen Adwords kita.

Google kemudian akan tolak data tersebut kembali ke dalam AdWords untuk kita guna balik di dalam kempen Adwords kita untuk pemasaran semula.

Ia adalah satu alat yang hebat tapi tak ramai yang tahu mengenainya.

kredit foto: cdn.apptamin.com

Add Comment