10 Tip Mantap “Coffee Meeting”

Minit mesyuarat program - Ompact.my

10 tip “coffee meeting”  dari Sean  Blanda seorang ketua editor dan director kepada 99U.

“Coffee meeting” biasanya tempat untuk kita bina network dengan orang. “Coffee meeting” adalah satu cara yang berisiko untuk bertemu orang baru, nasihat-menasihati dan meletakkan asas untuk hubungan yang lebih besar.

Konsep terpenting dalam “coffee meeting” adalah ingat satu prinsip penting iaitu jangan sekali-kali buang masa orang lain. Nah, baca selebihnya di bawah cara untuk jadi peserta “coffee meeting” terbaik. Tips di bawah tidaklah hanya terhad pada “coffee meeting” tapi boleh juga digunakan di dalam minit mesyuarat program.

1. Perlu Jelas Bila Minta Untuk Meeting

Bila kita nak email pada peserta “coffee meeting” jangan hanya minta nak lihat potensi mereka semasa proses kenal mengenal. Penulisan email yang baik penting untuk memudahkan orang yang menerima email kita faham apa yang kita mahu.

Apa kata kita kenalkan diri kita dulu, tunjukkan bahwa kita mempunyai pengetahuan khusus kerja orang itu, menawarkan sebab kita mahu berjumpa dan yang paling penting “propose” meeting pada masa yang berpotensi.

2. “Prepare” Sebelum Meeting

Perbualan dalam “coffee meeting” bukanlah seperti kita berbual dengan kawan kita dalam sambutan hari kelahiran dia.

Anggaplah orang “busy” yang kita ajak itu merupakan orang yang terkenal, mempunyai artikel sendiri, ceramah, dan profil LinkedIn yang boleh beri banyak maklumat mengenai mereka.

“Coffee meeting” biasanya ambil masa 30 minit atau kurang jadi jangan buang masa dengan bercakap perkara yang boleh kita dapat dengan mudah di Google.

3. Jangan Sekali-Kali Datang Lewat Ke Meeting

Setiap meeting adalah mengenai hormati masa orang lain. Pastikan kita tahu di mana tempat “meeting” dan bajetkan masa.

Lambat datang “meeting” yang kita anjurkan ialah satu perbuatan yang sangat pentingkan diri dalam bisnes. Jadi datang awal.

 4. Tawarkan Diri Untuk Bayarkan

Minta orang yang “meeting” bersama kita pesan apa yang mereka suka sebelum kita memesan pesanan kita. Selepas habis “meeting” kita yang bayarkan untuk mereka. Ianya adalah idea kita untuk jumpa dan minum kopi.

Adil lah jika kita yang bayarkan kos tersebut. Jika kita seorang pelajar, biasanya mereka tak benarkan kita yang bayarkan tapi cuba tawarkan diri untuk bayar.

Jika mereka nak sangat bayar untuk kita, biarkan mereka. Jangan luangkan masa untuk bercakap perkara ini lebih dari 5 saat.

5. Tidak Semestinya Kena Minum Kopi

“Meeting” dengan kopi biasanya adalah untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Walaupun kita berjumpa di kedai kopi tidak semestinya kena pesan kopi. Apa yang penting ialah minuman yang diambil, jumlah isipadunya perlu sama seperti satu gelas kopi.

Makanan snek pula akan mengganggu perbualan kita yang pendek dengan mulut kita yang penuh dengan makanan.

6. Adakan Pertanyaan Yang Spesifik Dan Jelas

Bila nak ajak seseorang ke “meeting” perlu jelas mengatakan sebab kita nak berjumpa dengan orang yang sibuk itu dan jangan malu untuk beritahu apa yang kita mahu untuk mereka bantu kita.

Jangan takut untuk berterus terang. Dengan menerima jemputan kita mereka sudah bersetuju untuk berikan bantuan jadi mudahkan mereka untuk datang “meeting”. Contohnya, buat “meeting” di tempat yang dekat dengan mereka.

Soalan yang ditanya mestilah spesifik dan jelas untuk mereka faham apa yang kita nak dan ini dapat jimatkan masa kita.

7. “Take Note” Dan “Follow Up”

Ambil nota yang penting contohnya, apa yang kita janjikan pada orang yang hadir “meeting”, orang yang perlu kita jumpa dan lain-lain.

Perkara yang dicadangkan ialah kita boleh buat dua bahagian dalam nota dan tulis “My Homework” dan “Their Homework”. Di bahagian atas pula boleh tuliskan nama orang, syarikat dan tarikh.

Selepas balik, tulis semula dalam komputer, buat nota untuk “follow up” dalam sehari dua. Buat awal, supaya kita tak lupa. Bila “follow up”, laksanakan apa yang kita janjikan dan sediakan sedikit usaha lembut pada apa sahaja yang mereka tawarkan.

 8. Tawarkan Bantuan

Ketika dalam perbualan, buka telinga untuk dengar apa sahaja yang kita boleh tolong. Ramai yang tutup perbualan dengan bertanyakan apa yang mereka boleh bantu.

Tapi yang terbaik ialah dengan adakan “mindset” bersedia semasa perbualan sebenar dengan sesiapa jua kita bercakap, dalam “coffee meeting” atau tidak.

9. Pastikan Kita Tamatkan “Meeting” “On Time”

Jika kita bersetuju untuk jumpa selama 15-30 minit, apabila sampai masanya walaupun sedang sampaikan “point” yang penting, hentikan dan tanya mereka sama ada mereka perlu pergi.

Jika mereka setuju untuk teruskan perbualan adalah lebih baik. Peringatan kita yang membuatkan mereka berada selaras dengan jadual mereka adalah lebih baik. Jadilah seorang yang menghormati masa orang lain.

10. Beritahu Hasil Daripada Cadangan Yang Dilaksanakan

Selepas kita hantar email “follow up” pastikan kita tulis pada kalender dan tetapkan “alarm” 2-3 minggu pada masa akan datang untuk “follow up” kali terakhir.

“Follow up” kedua, kita perlu beritahu mereka apa-apa hasil dari yang telah dicadangkan.

Contohnya, kita beritahu mereka yang kita dah laksanakan apa yang dicadangkan. Berterima kasih pada mereka dan beritahu mereka yang kita nak balas jasa mereka.

Baca juga: Strategi Mencipta Produk Yang Berkualiti

kredit foto: www.rawstory.com

Add Comment