3 perkara sebelum yang kita kena jelas sebelum belajar SEO:
- Laman web kita mengenai apa
- Tujuan Laman Web kita
- Adakah kita betul-betul komited
Bila dah selesai dengan 3 perkara tersebut maka kita sudah bersedia untuk belajar teknik SEO terbaik.
Tips SEO
Untuk mengoptimumkan seluruh laman kita dalam enjin carian, kita perlu ikut beberapa petua yang asas ini:
1. Buat Website Mengenai Sesuatu Topik
Pilih topik utama yang paling penting untuk sampaikan mesej anda.
Langkah ini penting, kita mungkin kena buat sedikit kajian mengenai “keyword” sebelum memilih sesuatu topik.
2. Pilih “Keyword” Yang Biasa Digunakan
Masukkan topik utama kita dalam tajuk, nama domain, penerangan, slogan, kata kunci, kategori blog, tajuk halaman, dan “content” halaman dalam website. Jika menggunakan WordPress, kita boleh ubah banyak perkara dalam “General Settings” atau melalui plugin seperti “All in One SEO Pack”.
3. Hubungkan “Page-Page” Dalam Website Kita
Perkara ini boleh dilakukan secara “auto”, jika tidak kita perlu hubungkan dan pautkan secara sendiri dari suatu halaman kepada “homepage” dengan hubung silangkan antara satu sama lain. Selain itu, digalakkan juga “bina internal linking” dalam setiap page kita.
4. Letak Keyword Dalam Struktur “Permalink“
Jangan gunakan struktur “permalink” dalam bentuk nombor pada “page” laman kita — tidak sesuai dan tidak baik untuk SEO.
Guna sebuah struktur URL dalam bentuk teks, dan pastikan kita masukkan “keywords” dalam URL kita.
Ini adalah rupa “link” yang belum dimasukkan “permalink” yang dimasukkan “keyword”:
http://yoursite.com/?p=12
“Permalink” yang telah dimasukkan “keyword” akan kelihatan seperti ini:
http://yoursite.com/coolpage/
5. Buang Benda Yang Melambatkan Website Kita Loading
Jangka masa “loading” page website adalah penting, jadi kita perlu buang apa-apa perkara yang tidak penting yang melambatkan laman web kita.
Perkara ini termasuklah pemain muzik, imej yang besar, grafik flash, dan “plugin” yang tidak perlu.
6. Letakkan “Keyword” Pada Gambar Kita
Masukkan perkataan yang mencerminkan topik laman kita dalam tajuk gambar, penerangan, dan “alt attributes”.
Menamakan semula nama tajuk fail jika ia tidak mencerminkan kita punya “keyword” utama. (Contohnya, d1234.jpg ditukar menjadi – writing-tips.jpg).
7. Hubungkan Website Dengan “Content” Yang Sesuai
Kita boleh lakukannya dengan memasukkan “blogroll”, senarai “link”, atau sumber halaman pada laman web kita.
Hati-hati kerana setiap “link” yang keluar merupakan undi kepada laman web lain.
Gunakannya dengan baik, pengguna mungkin klik pada kita “link” kita, perkara ini memberitahu enjin carian bahawa kita adalah pihak yang boleh dipercayai mengenai topik kita.
8. Sentiasa “Update” Website Kita
“Content” yang dinamik biasanya di “rank” yang lebih tinggi dari “content” laman yang statik.
Contohnya, Wikipedia dikenali dengan baik di enjin carian. Laman seperti ini sentiasa dikemaskini dengan kandungan baru.
9. Pastikan Website Kita Disenaraikan Di Enjin Carian
Jangan berharap sangat pada pelbagai enjin carian untuk mencari dan senaraikan kandungan kita.
Tapi kita mesti nak pastikan enjin carian terkenal seperti Google, Bing, dan Yahoo menjumpai website kita.
10. Hubungkan Website Lain Dengan Website Kita
Perkara ini sangatlah penting apabila kita bercakap mengenai SEO. Perkara yang mengecewakan bukanlah sesuatu yang dapat dikawal.
Nasihat yang dapat diberi ialah jadikan modal kita “content” yang hebat untuk yakinkan seseorang untuk menghubungkan website mereka dengan website kita.
Mulakan penulisan dan kongsi artikel di website atau blog seseorang.
11. Hentikan Dari Menukar Nama Domain Kita
Umur URL adalah satu dari faktor penyumbang pada “ranking” laman carian, jadi bersabarlah.
Jika kita membuat satu blog setiap 6 bulan, kemungkinan besar laman kita tidak akan mendapat nilai yang sepatutnya.
12. Menulis Seperti Seorang Manusia
Semua perkara di atas tidak berguna jika kita menulis “content” seperti robot. Tulislah perkara yang hebat, ikut langkah-langkah di atas, perlu bersabar dan kita akan melihat hasilnya.
kredit foto: www.clicktrue.biz