Menulis sesuatu email untuk menarik seseorang untuk lihat dan baca email kita bukan mudah. Orang yang berpengalaman cukup memahami perasaan yang dialami untuk memerah otak dan menulis sesuatu email.
Ayat demi ayat kita baiki tanda kita seorang yang berhati-hati. “Last” skali dengan tekan butang “publish”, kita pun rasa lega dengan kerja yang dah siap.
Tapi bila kita tengok balik keadaan email kita yang pembukaannya tak menarik dan tak berape bagus seperti yang kita harapkan, dan terus rasa kecewa. Biasanya rasa tertekan.
Di sini kami akan hidangkan nasihat-nasihat penting yang dijumpai oleh pakar untuk menulis email yang boleh tarik orang untuk buka, baca dan klik. Baca cara menulis email yang baik di bawah:
Macam Mana Nak Buat Satu Email Yang Sentiasa Orang Nantikan
Tanya diri kita:
Rasanya email mana yang kita nantikan untuk terima sama ada dari syarikat yang besar-besar atau dari kawan baik kita?
Mudah nak pilih kan?
Jadi bila kita punyai senarai email, tulislah seperti:
- Kita nak tujukan pada kelompok besar yang tidak dikenali?
- Syarikat koprat di jabatan pemasaran yang besar?
Kalau kita nak pelanggan mengalu-alukan email kita, perlulah anggap mereka seperti seorang kawan.
Buat satu reka bentuk email yang minimalis (tak kira syarikat besar atau kecil).
Tulis seperti dalam perbualan, dengan nada yang sopan.
Ikutlah 8 peraturan cara menulis email yang baik untuk reka satu email yang mesra kawan dan dinanti-nantikan.
- Tulislah macam kita akan email pada satu orang saja ia akan menjadikannya lebih peribadi.
- Hentikan dari buang masa kita. Hanya email perkara yang kita rasa betul-betul berharga dan membantu untuk diberitahu
- Jangan email hanya bila kita perlukan sesuatu dari pembaca kita. Jadilah orang yang suka membantu, murah hati, bersikap ramah dan seperti sahabat sejati.
- Guna nama sebenar sebagai alamat dari kita. Letakkan nama dan reputasi pada talian. Cara ini lebih peribadi.
- Jadilah orang yang boleh dipercayai. Biar orang tahu apa yang diharapkan. Mesej jualan memang patut dijadikan sebahagian dari pemasaran email kita. Cuma jadikan lebih jelas mengenainya bila mereka daftar.
- Jangan ragu untuk peribadikan email, tapi jangan ulang nama orang terlalu kerap, sebab ia buatkan kita bercakap seperti dalam skrip pusat panggilan.
- Berada di pihak mereka. fahami perjuangan mereka, menjiwai mereka dan tanya macam mana kita boleh bantu mereka.
- Beri mereka ganjaran dari membaca. Pastikan mereka dapat manfaat bila baca email kita. Kongsikan petua beguna. Beri inspirasi pada mereka.
Macam Mana Nak Buatkan Orang Buka Email Kita?
Kebanyakan “inbox” email sesak dengan pelbagai email. Email kita boleh jadi begitu mudah untuk tenggelam dalam “inbox” email.
Email baris subjek perlu menarik perhatian orang, seperti tajuk yang menarik. Di bawah ada beberapa petua berkenaan perkara ini.
- Janjikan sesuatu yang bagus. Iaitu macam mana cara nak buatkan mereka lebih gembira, baik pada perniagaan, dan rasa nak baca dengan lebih lanjut.
- Guna perkataan yang hebat. Kata-kata yang beremosi sebagai contoh untuk tarik perhatian dan buatkan “subjek” kita lebih menonjol dalam “inbox” email yang sesak.
- Gunakan nombor. Nombor seperti 4 atau 37 dapat hentikan mata yang marayau atau tercari-cari.
- Cetuskan rasa ingin tahu. Jangan takut untuk guna perkataan luar biasa yang melanggar jurang maklumat. Pembaca kita akan rasa minat untuk tahu lebih lagi.
- Senaraikan kesalahan biasa. Kerana tidak ada orang mahu dilihat sebagai orang bodoh.
- Jangan guna ayat terlalu pandai. Ayat “subjek” yang simpel selalu menewaskan ayat yang terlalu pandai.
- Buat kajian. Jadi seorang pemberontak yang cuba sesuatu yang baru. Berani untuk jadi sesuatu yang berbeza.
- Belajar dari pakar. Langgan senarai email yang sangat bagus dan buat analisis baris “subjek” mereka. Supaya kita dapat belajar sesuatu.
- Bina hubungan dengan pembaca supaya pembaca minat untuk buka dan baca email kita kerana mereka kenal nama kita walaupun baris subjek kita teruk.
Baca juga: Kenapa Menulis Ayat Iklan Sebenarnya Membuang Masa Kita ?
Macam Mana Nak Tulis Email Yang Menarik?
Macam mana kita nak kekalkan orang yang dah baca email kita untuk baca email kita seterusnya ….dan seterusnya…. dan seterusnya?
Ikut 11 petua ini untuk buat email yang memikat hati pembaca kita:
- Tulis dengan cepat. Ini untuk tunjukkan semangat dan kesungguhan kita.
- Email yang panjang dan susah difahami dapat hilangkan minat pembaca kita. Cabar diri untuk ringkaskan teks kita bila edit.
- Tanya soalan. Bayangkan kita sedang berdepan secara bersemuka untuk berbual dengan pembaca kita. Secara automatik kita akan bertanya soalan.
- Jangan ikut formula yang ketat. email yang terlalu ikut formula cepat membosankan pembaca kita.
- Tambah sentuhan peribadi. Kerana kita cuba untuk beri pembaca kita kenal, suka dan percaya kita.
- Jangan bersapa seperti robot. Cuba beri ucapan yang mesra, beri salam, atau yang seumpamanya. Mecampurkan ucapan sapaan kita mengurangkan kerobotan dan jadikannya lebih peribadi.
- Guna perkataan ‘you’ jika guna bahasa inggeris. Kerana perkataan ini salah satu perkataan yang meyakinkan dalam bahasa inggeris.
- Bina suara yang semula jadi. Jangan fikir mengenai pemasaran email. Anggap email kita sebagai jalan untuk bercakap dengan pelanggan atau pembaca kita.
- Tambah personaliti. Guna perkataan dan ekspresi yang hanya kita boleh guna. Jadi seorang manusia.
- Berhenti jadi seorang yang membosankan. Tulis ayat yang pendek dan hebat. Straight to the point ! dan jangan terlalu formal.
- Jangan pentingkan diri. Jangan sombong. Ambil berat mengenai pembaca kita.
Macam Mana Nak Jual Melalui Email Kita?
9 petua untuk ubah lebih banyak pembaca email kepada pembeli.
- Jangan jual sebelum prospek bersedia. Jadi seorang kawan dan sumber maklumat yang dipercayai dulu dan pembaca akan lebih bersedia untuk beli dari kita.
- Tekankan manfaat. Jangan jual produk tapi jual manfaat yang ditawarkan pada pelanggan.
- Tunjuk apa yang pembaca akan rugi. Kebanyakan orang ambil risiko nak elak kesulitan, gangguan, dan komplikasi.
- Jangan ikut formula yang tegas. Email yang ikut formula 100% adalah seperti robot dan mudah boring.
- Kerja ke arah matlamat kita. Beritahu cerita menarik yang menuju pada mesej jualan kita.
- Bentang “deadline” yang jelas. Supaya dapat elak dari melengahkan kerja.
- Masukkan pautan yang pelbagai (ke halaman yang sama). Ini akan menambahkan peluang seseorang untuk klik pada pautan tersebut.
- Beritahu pembaca apa yang kita harap meraka lakukan seterusnya dan ingatkan mereka kenapa kena beli dan kebaikannya.
- Ingatkan mereka mengenai apa yang mereka akan kehilangan jika mereka mengabaikan tawaran kita.
Kebenaran Yang Pahit Mengenai Email Kita
“Inbox” semua orang melimpah. Tiada orang yang minat untuk terima lebih banyak email.
Kita perlu rasa besar hati kalau kita dipilih untuk masuk ke dalam senarai bacaan mereka dan gembira untuk terima mesej kita. Tetapi “don’t take it for granted” kerana masa mereka adalah berharga,
Kenal pembaca kita. Bertanya soalan dan tawarkan bantuan.
Tulis seperti kita nak emailkan pada seorang kawan baik kerana orang akan kenal, suka, dan percaya kita. Bila kita dapat tiga perkara itu maka kita akan berupaya untuk majukan dan kembangkan perniagaan kita.
Baca juga: Apa Gunanya Ada Senarai Email?
kredit foto: trialx.com