Kelvin Claveria ialah seorang marketer di Vancouver, B.C di sini akan dikongsikan tentang pengalaman viralnya.
- Dalam masa 24 jam artikelnya mendapat= 1000 view
- Selepas seminggu telah capai 50,000 “view”
- Hari ini post itu telah capai lebih 86, 000 “view”
Dalam seminggu saja dah jadi “viral”. Ia adalah satu pengalaman yang ganjil sebagai pemasar.
Untuk menjadikan “content” syarikat kita dilihat orang, salah satunya melalui fakta, sebagai usaha untuk viralkan.
Dari pengalamannya untuk jadi “viral”, kita boleh belajar beberapa pelajaran mengenai pemasaran “viral” yang berharga. Jom baca 5 perkara:
1. Kongsi Suatu Cerita
Kebanyakan “content” yang jadi “viral” ada cerita di sebaliknya. Sebagai contoh, banyak post “Upworthy” jadi “viral” sebab ia beritahu tentang peribadi atau cerita kontroversi.
Bukan semua post blog atau “content” pemasaran mesti mengenai dengan sebuah cerita.
- Kongsi semula cerita orang
- Cerita fiksyen (jujur tentang cerita yang dikongsi)
Semua orang sukakan cerita. Jadi kongsikan.
Baca juga: 7 Teknik Penceritaan Yang Boleh Anda Laksanakan Dalam Perniagaan
2. Berikan Nilai
Jangan sangka pembaca kita seorang yang pakar dalam topik itu. Perkara yang “basic” juga amat bernilai jika dikongsi dan telah dibuktikan melalui pengalaman.
Perkara ini kembali pada peraturan asas dalam pemasaran iaitu kenali pembaca kita. Ia dapat bantu kita kenalpasti jurang pengetahuan yang mereka ada dan dimana “content” yang boleh jadi manfaat untuk disebut dalam perbualan.
3. Jangan Berharap Untuk Jadi “Viral”
Tak kira betapa hebatnya kita sebagai seorang pemasar kita tak boleh paksa sesuatu untuk jadikannya “viral”. Mencipta “content” yang hebat dan strategi penyebaran adalah penting.
Tapi yang paling penting kita tak boleh jangka apa yang orang mahu dan apa yang mereka kongsi dalam rangkaian mereka. Cuma teruskan buat “content” yang hebat.
Mungkin salah satunya akan jadi “viral”. Mungkin juga tiada yang jadi “viral”. Ia bukannya bergantung pada kita. Apa yang boleh kita kawal adalah kualiti kerja kita.
4. Promosikan “Content” Kita
Kita tak boleh rancang untuk jadikan sesuatu itu “viral” tapi kita boleh adakan pelan penyebaran “content” untuk maksimumkan capaian kita.
Untuk tambah peluang kejayaan perlu kepada pelan yang melibatkan ramai orang yang terlibat dalam syarikat kita. Sampaikan kepada sesiapa yang kita kenal yang berpengaruh dan beritahu mereka mengenai “content” kita.
Pastikan Yang “Content” Kita Nampak Hebat
Apabila orang lain kongsikannya dalam laman sosial. Jika “content” kita mula dapat tarikan kita perlu bersedia untuk meluaskan penyebarannya.
Sediakan Alat Pemantauan
Supaya kita boleh berterima kasih pada sesiapa yang kongsikan “content” kita. Periksa komen selalu untuk kita respon pada mereka dan kalau boleh, dengar apa yang mereka cakap supaya kita boleh periksa fakta dan betulkannya.
Bila kita lihat dalam Twitter pada post blog kita yang mendapat banyak tarikan, kita boleh cuba berterima kasih pada seramai orang yang boleh dan balas tweet beberapa orang.
Selain itu, “follow” beberapa orang yang kongsi “content” kita. Melakukan perkara ini pun dapat bantu kita untuk dapat lebih trafik kepada post blog kita sambil kembangkan “network” kita.
5. Teruskan Beri “Content” Bermanfaat
Perkara yang mengecewakan ialah tak semua yang kita post jadi “viral”. Setengahnya dapat tarikan dan ada ribuan “view”. Tapi kita tak boleh tiru semula kejayaan “viral” di post blog kita.
Walaupun post blog yang kita yakin dapat disebarkan pada ramai orang. Ia telah pun berhenti selepas beberapa ribu yang “view”.
Apa pengajarannya?
“Viral” sekali tak menjamin masa depan yang cerah. Dan sesuatu yang “viral” tak bermakna apa-apa pun. Kerana jika tak “viral” pun tak jadi masalah.
Kalau satu dari “content” jenama kita jadi “viral”, jangan harapkan yang “content” kita seterusnya menjadi “viral” juga. “Content” berguna itu bagus tapi untuk jadi “viral” perlukan masa dan nasib.
Bisnes kita?
Yang penting sekali, seorang pemasar patut set dalam minda yang menjadikan “viral” bukan satu strategi bisnes. Untuk “viral” sebenarnya hasil dari untung pulangan dalam bisnes. Tujuan bisnes perlu jelas dalam pemasaran yang dijalankan.
Kalau kita buat bisnes kepada bisnes (B2B) kita perlu ada pelan untuk tukarkan kesedaran jenama yang tinggi yang ada peluang “viral” diubah menjadi sesuatu yang boleh mendorong orang ramai ke syarikat kita.
Baca juga: Automasikan Media Sosial Gaya Orang Pro
Kredit foto: www.igraphical.it