Menurut Vishen Lakhiani, banyak syarikat melakukan kesilapan dalam menjalani pemasaran iaitu dengan melakukan pemasaran atau strategi pengiklanan pada sudut yang salah.
Perkara ini berlaku kerana mereka gagal menganalisa strategi pasaran mereka dan strategi sesuai untuk diaplikasikan.
Kegagalan dalam melihat di mana produk kita sesuai untuk diletakkan dalam gambaran yang luas akan menyebabkan produk akan terus tenggelam dari mendapat perhatian pelanggan yang berpotensi.
Dengan meluangkan masa untuk membuat kajian pada strategi pasaran dan mengetahui di mana tahap syarikat kita akan membantu kita bina sudut pemasaran yang cekap dan efektif untuk mendapatkan hasil pasaran yang diimpikan.
Ada 5 tahap strategi pasaran atau strategi pengiklanan yang kita nak bincangkan di sini:
Tahap 1: Pengenalan Pada Pasaran
Produk yang lain daripada yang lain dapat membantu menarik perhatian orang, di sini kita perlu beritahu dunia tentang produk kita apa yang produk kita boleh buat.
Tidak perlu penjelasan yang panjang lebar kerana produk kita yang unik sememangnya tidak ada persaingan, hanya dengan inovasi yang unik sahaja sudah cukup untuk menarik perhatian pasaran. Ini juga merupakan salah satu strategi mencipta produk yang berkualiti.
Tahap 2: Perkara Penting Dalam Pasaran
Pada tahap ini akan ada persaingan kerana syarikat-syarikat lain mula sedar dan mula mengejar untuk bersaing dalam pasaran yang sama.
Di sinilah kita memperhebatkan dakwaan kita.
Kalahkan persaingan kita dengan cara tunjukkan bagaimana produk kita adalah lebih dari apa yang ia dapat buat.
Ia akan menjadi lebih hebat, cepat jual dan laku di pasaran berbanding pesaing-pesaing.
Tahap 3: Berfikiran Matang
Tahap ini di mana pasaran semakin letih atau bosan dengan semua dakwaan-dakwaan besar yang dibuat oleh kumpulan syarikat yang sedang membesar dalam menjual perkara yang sama.
Petua untuk menghadapi tahap ini ialah “Jangan” teruskan berlebih-lebih dalam dakwaan kita. Jangan buang masa untuk tunjuk siapa yang lebih kuat suara dalam jeritan memasarkan produk.
Fikirkan secara bijak dan pilih satu sudut pemasaran yang menumpukan ciri kita secara berbeza. Menyokong dakwaan kita dengan kajian yang mendalam akan membuatkan dakwaan kita dipercayai.
Tahap 4: Kalahkan Mereka
Seperti biasa, persaingan akan sentiasa datang dan tiba masanya kita perlu ubah sudut atau strategi kita lagi.
Di tahap ini kita dapat tahu di mana kelemahan pesaing kita dan bagaimana nak kalahkan mereka.
Tumpukan pada ciri-ciri hebat kita dan kalahkan mereka dalam persaingan. Jadikan pasaran di luar sana tiada alasan untuk mereka beli jenama lain dan setia kepada jenama kita.
Tahap 5: Jadi Ikon
Ini adalah tahap terakhir dalam tahap-tahap strategi pasaran. Pada fasa ini, pasaran tahu banyak perkara mengenai industri, mereka tidak akan membeli walaupun kita dakwa atau menjual secara keras.
Jadi perlunya kita:
Di tahap ini kita memanfaatkan permainan emosi.
Di tahap ini juga akan menghasilkan suatu identiti untuk menggunakan jenama kita.
Di tahap inilah kita menjual iaitu jenama kita berkhidmat kepada beberapa jenis orang dan menggalakkan orang untuk membeli.
Kredit foto: cdn2.hubspot.net