Menurut seorang pakar pemasaran digital Rebekah Radice,
Sekarang sudah sampai masanya untuk kita tonjolkan perniagaan kita di facebook. Kunci untuk semua ini ialah dengan memberi impak yang gila-gila pada apa yang dikongsi agar kehadiran susah untuk dilupakan.
Ada 6 teknik marketing Facebook supaya dikenali di Facebook:
Baca juga: 10 Tips Pemasaran Facebook Yang Jujur Dan Tidak Kelirukan Pelanggan
1) Kenalpasti Misi Kita
Terangkan misi perniagaan di dalam Facebook kita di laman “About” adalah teknik market.
Suatu penyataan boleh tunjukkan tujuan di sebalik perniagaan kita. Kongsikan mengenai syarikat kita,
- Apa yang syarikat kita buat?
- kenapa kita buat?
- Siapa sasaran perkhidmatan kita atau sasaran pelanggan?
Takrifkan Misi Kita!
Bagi keterangan dalam pemasaran untuk bagi orang faham dan dapat lebih banyak “Like” di Facebook.
Soalan-soalan bawah ni untuk bantu penyataan misi kita.
- Apakah syarikat kita buat?
- Apakah produk atau servis kita?
- Bagaimana anda membantu orang ramai?
- Siapakah sasaran pasaran kita?
- Apakah 3 masalah sasaran pelanggan yang biasa anda selesaikan?
Maklumat-maklumat mengenai syarikat perlu ada di bahagian “About” di laman kita. Tambahkan dan kongsi di dalam “post” Facebook juga di grafik yang kita buat dalam laman kita.
Maklumat akan dapat dibaca oleh peminat dan mereka mula memahami seterusnya berurusan dengan kita apabila berminat.
2) Ketahui Sasaran Pelanggan Kita
Apabila “post” kita tak dihiraukan, kemungkinan besar kerana tersalah sasaran pelanggan. Memahami sasaran pelanggan membantu memudahkan kita untuk buat “content” yang sesuai untuk mereka.
Tanya soalan ni pada diri kita:
- Siapa sasaran pasaran kita?
- Apakah yang mereka suka, tidak suka, keperluan, kemahuan dan kehendak?
- Apa yang mereka dapat dan apa yang kita dapat bantu jika mereka berurusan dengan kita?
Kebanyakan orang fikir, semua orang adalah sasaran pasaran ,ini adalah teknik pemasaran yang salah di mana ini akan mejurus kepada pemasaran yang luas dan mesej yang terlalu umum atau tak teratur.
Dalami Facebook kita dengan lihat tab “People”. Di sini kita boleh lihat peratusan lelaki dan wanita, bandar, negeri, negara, kumpulan umur, bahasa dan melalui maklumat-maklumat tersebut bolehlah kita tulis “content” yang sesuai untuk mereka.
3) Memahami Kelebihan Saingan Kita
Sekarang kita sudah jelas tentang sasaran pasaran. Tanya diri kita pula apa bezanya kita dengan syarikat-syarikat saingan yang lain.
Apakah keunikan perniagaan anda dan kekuatan yang anda ada untuk bersaing dengan saingan anda?
Berkongsi mengenai keunikan syarikat kita boleh tarik peminat Facebook kita membuat keputusan untuk:
- “Like” laman kita
- Berinteraksi dengan kita dalam talian
- Membeli produk kita
- Mengupah syarikat kita
Gambar muka Facebook adalah tempat yang paling sesuai untuk menyerlahkan daya saing kita dan menunjukkan kelainan. Sebagai contoh Biz2Credit, Bank Islam, Maybank dan lain-lain.
4) Tentukan Gaya Perniagaan Dan Personaliti Kita
Ambil tahu ciri-ciri atau kualiti perniagaan kita yang menonjol. Kongsi “content” kita dengan gaya unik dan mempunyai keperibadian. Memahami jenis pembaca dan jenis peminat “content” kita adalah penting.
Kepentingan dalam menggunakan gambar muka adalah untuk mengingatkan pembaca apa yang kita buat dan kenapa kita membuatnya.
Ada juga laman yang menjenamakan “post” mereka dengan gaya, personaliti, mesej dan suara yang membolehkan peminat mengambil bahagian dan membenarkan mereka untuk bersuara. Contohnya laman NFL di FB.
Kebaikannya ialah dapat bina kepercayaan dan bina ikatan antara kita dan peminat kita.
5) Konsisten Dengan Berjenama.
Orang yang berniaga sudah tentu mahu dikenali di Facebook. Gambar adalah satu cara yang bagus untuk cipta konsisten dalam jenama kita.
Facebook adalah satu alat penglibatan yang hebat. Gambar digunakan untuk sampaikan mesej dan berhubung dengan peminat. Cara ini telah digunakan sesetengah laman Facebook yang terbaik.
Boleh jadi satu petikan dari “post” blog atau gambar produk kita. Pastikan kita gunakan skim warna yang sama, font yang sesuai, mesra “online” dan “offline”.
Gambar yang betul akan meningkatkan interaksi dan mewujudkan kesedaran untuk perniagaan kita. Kuasai seni jenama dengan testimoni, petikan perkataan yang hebat dalam menulis “content” dan gambar yang cantik.
6) Promosikan “Content” Jenama.
Tak perlu susah-susah untuk buat sesuatu yang baru. “Content” hebat yang lama boleh jadi baru hanya dengan sedikit perubahan. Gunakan “content” kitar semula kita untuk pembaca-pembaca baru.
Zaman sekarang pemasaran media sosial menjadi lebih lazim, penggabungan kedua-dua media sosial dan tradisional boleh memberikan manfaat yang besar tidak kira saiz perniagaan.
Pengalaman perniagaan yang lepas boleh bantu jenama perniagaan kita. Dengan pengalaman tu kita dah boleh jadi orang berkelayakan atau pakar dalam bidang kita.
Baca juga: Rahsia Pilih “Content” Yang Sesuai Dijual & Sesuai Diberi Percuma!
Akhir kata, untuk bina jenama melalui Facebook bukanlah mudah ia perlukan jiwa yang kental. Pemasaran Facebook mengambil masa dan usaha yang gigih. Ia perlukan komitmen pada matlamat, taktik atau teknik Marketing Facebook yang berkesan dan keseluruhan strategi pemasaran yang bersambung dan menyokong perkembangan perniagaan.
kredit foto: www.socialmediatoday.com