Pemasaran “affiliate” adalah suatu model perniagaan yang memberi kita komisyen apabila kita mengiklan kepada pelanggan suatu produk atau servis dan pelanggan membuat pembelian melalui pautan yang kita letak.
Sebagai contoh, harga barang pemilik produk atau servis ialah RM100 dan kita tolong iklankan. Apabila pelanggan membeli melalui iklan kita, maka komisyen sebanyak 4% hingga 75% menanti kita. Komisyen adalah bergantung kepada pihak pemilik produk atau servis tersebut.
Tip 1: Menjual Produk Sesuai Dengan Pembaca
Perkara ini jelas dan mudah difahami. Jangan jual produk atau servis yang tidak sesuai dengan topik kita. Sebagai contoh, menjual kursus buat duit secara “online” di blog memancing. Ia tidak masuk akal langsung.
Apabila kita memilih sesuatu produk untuk dipromosikan pastikan kita cuba fikirkan jika kita berada di tempat pelawat kita dan fikirkan apa yang mereka hendak lihat. Jika, mereka hadir untuk tips memancing, maka fikiran mereka hanya memikirkan mengenai memancing.
Kita boleh jual dan beri penerangan tentang produk terbaik kita tetapi ia mestilah produk yang berkaitan dengan topik.
Baca juga: Tips Jual Produk Kecantikan Dari Pakar
Tip 2: Fokus Untuk Dapat Pembaca Bukan Pelanggan
Jika kita mahu mula buat blog, pastikan kita bina blog kita dengan maksud untuk memberitahu dan membantu pelawat kita. Jangan buat blog semata-mata untuk jual produk sahaja. Jika kita letakkan “link” affiliate dan “banner” di mana-mana, blog kita akan lebih cepat hilang daya tarikan.
Kerana tidak ada yang rasa selesa bila orang nak jual barang kepada mereka lagi-lagi masa pertengahan bulan kerana kekurangan duit.
Baca juga: 8 Kemungkinan Blog Kita Kosong Pelawat
Tip 3: Cipta “Page” Jualan Yang Spesifik Untuk Produk Kita
Cara terbaik untuk mengelakkan kita dari terlalu menjual di blog ialah dengan mencipta halaman jualan untuk produk yang kita nak jual. Perkara ini yang kita panggil tiang artikel dan biasanya mempunyai 2000 ke atas perkataan dengan maklumat mengenai produk.
Apabila kita membuat tiang artikel, kita boleh pautkan pada tiang ini di dalam blog kita. Pelanggan boleh pergi ke pautan tiang artikel dan selepas sampai ke halaman tiang artikel dan di situ terdapat pautan “affiliate” maka boleh pergi ke pautan “affiliate” secara terus. Perkara ini semestinya membantu kemajuan kerana seseorang yang klik pada pautan artikel merupakan seseorang yang berminat dan kita boleh terus menjual.
Tip 4: Sentiasa Jual Produk Yang Kita Benar-Benar Percaya
Jika ada yang hendak lakukan bisnes sepenuh masa melalui pemasaran “affiliate”, ia adalah sesuatu yang ideal untuk menjalankan bisnes kita dengan integriti.
Jangan hanya pilih produk atau servis tanpa periksa walaupun nampak bagus dan dapat memberi kita keuntungan.
Jika kita hendak promosikan produk, promosikan sesuatu yang kita sendiri pernah gunakan atau yang belum pernah digunakan cari yang berguna dan yang 100% akan berhasil apabila pelanggan gunakan.
Jika kita terus menerus menjual produk dan servis hanya untuk cepat dapat duit tanpa periksa, kita akan sedar satu masa nanti orang akan mula meragui dan tidak percayakan cadangan kita lagi.
Tip 5: Cuba Dapatkan Komisyen Berulang
Apabila ada peluang, sentiasa cuba untuk promosikan produk atau servis yang boleh memberikan kita komisyen berulang. Tiada istilah membuat jualan sekaligus dalam satu masa dan berterusan mengaut keuntungan selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun.
Tetapi, kita boleh mempromosikan sesuatu produk yang mempunyai komisyen berulang sebanyak 60% dari keseluruhan pendapatan, dan ia tidaklah memperuntukkan kerja tambahan.
Tip 6: Perlu Ada Kesabaran
Pemasaran “affiliate” boleh menjadikan kita kaya tetapi tidaklah dalam masa yang singkat. Walaupun ada yang tawarkan kekayaan dalam masa seminggu melalui pemasaran “affiliate”, namun percayalah bahawa ia taklah seperti apa yang dikatakan.
Menurut pengalaman Chris Lee, dia tidak mendapat apa-apa keuntungan walaupun sudah sebulan, selepas sebulan yang berikutnya barulah mendapat kentungan sebanyak $5. Sekarang, dia sudah bekerja sepenuh masa dalam bidang pemasaran “affililate”. Tip yang terakhir ini penting untuk kita tahu jika kita betul-betul hendak mulakan pemasaran “affiliate” iaitu perlunya ada kesabaran demi mencapai keuntungan yang besar.
Kredit foto: www.dreamgrow.com