Bila musim perayaan semakin dekat, macam-macam peluang berniaga ada di sekeliling kita. Memang orang kita suka berniaga masa ini sebab nak buat ‘extra income’ dan masyarakat kita memang suka berbelanja bila hendak sambut Syawal. Jadi kita yang berfikiran bisnes raya ni kena bijak mengambil peluang.
Sebelum kita menentukan nak buat bisnes raya yang macam mana, apa kata ‘survey’ dulu beberapa jenis bisnes yang menarik sempena musim perayaan ni. Selepas itu kita bandingkan bisnes mana yg boleh buat untung besar.
1. Bisnes Kuih Raya
Kuih Raya tidak asing lagi ketika musim perayaan tiba. Banyak permintaan yang kita akan dapat sebelum tibanya musim perayaan untuk disediakan kepada tetamu ketika musim perayaan. Pelbagai jenis kuih seperti semperit, rempenyek, kerepek, tart, dan sebagainya yang boleh dijual.
Kalau untuk permulaan, target sekitar 200 ke 300 bekas dahulu.Jadi bila ada target, senang nak beli bahan-bahan buat kuih, dan rancang jadual nak siapkan semua kuih-kuih tu.
Bisnes ini biasanya membuat konsep tempahan atau jualan terus. Dan juga mampu menjana pendapatan sehingga RM20000 sebulan. Sangat hebat bukan..
2. Bisnes Kek
Bisnes tempahan kek amat amat tinggi ketika tibanya musim perayaan. Kebiasaannya bisnes ini dimulakan dengan rakan-rakan serta jiran-jiran terdekat. Pelbagai jenis kek boleh dijual ketika musim perayaan seperti Kek Lapis, Kek Chocolate Moist, Kek Cheese dan lain-lain.
Bisnes ini amat mudah dilakukan kerana kita boleh memulakan di rumah kita sahaja tanpa perlu menyewa kedai bergantung pada modal yang kita ada. Bisnes ini mampu menjana ‘income’ sehingga puluhan ribu ringgit malah lebih dari itu mengikut startegi masing-masing. Sangat mudah bila dilihat bukan..
Kebanyakkan peniaga akan menjual secara online untuk mempercepatkan lagi proses penjualan tersebut kerana pelanggan dan peniaga akan lebih dekat.
3. Bisnes Makanan Tradisional
Makanan tradisional melayu tidak asing lagi ketika waktu perayaan. Pelbagai jenis makanan tradisional melayu yang boleh dijual seperti baulu, ketupat, rendang, wajik, dodol, lemang, serunding.
Makanan ini sudah semestinya dicari oleh pelanggan ketika kerana merupakan makanan yang sangat popular ketika musim perayaan. Kebiasaannya bisnes ini memerlukan beberapa orang dan kadang-kadang tidak perlu. Bergantung kepada seberapa banyak kuantiti yang kita ingin jual.
Lagi-lagi seperti lemang, ketupat, dan dodol, amat memerlukan tenaga kerja yang ramai untuk mempercepatkan proses penyediaan. Bisnes ini juga mampu menjana ‘income’ yang lumayan jika kita tekun dan berusaha.
4. Bisnes Tudung
Seperti sedia maklum niche pakaian seperti tudung sentiasa mendapat permintaan tinggi terutamanya menjelang musim perayaan. Ramai orang sudah memulakan langkah mereka dalam bisnes tudung kerana permintaan sangat luar biasa.
Memang tidak dinafikan bisnes tudung antara lubuk bisnes yang mendapat permintaan tinggi sehingga mampu menjana ‘income’ yang sangat lumayan.
Dari segi pasaran tidaklah membimbangkan kerana sasaran anda adalah wanita dan wanita mempunyai kuasa beli yang tinggi khususnya menjelang musim perayaan.
5. Bisnes Baju Melayu Dan Baju Kurung
Bisnes jual baju kurung dan baju melayu memang setiap tahun akan ada permintaan yang tinggi, malah kalau diikutkan, ia merupakan bisnes yang ‘hot’ dua kali dalam setahun. Kerana apa? Ini adalah kerana ada dua sambutan hari raya iaitu Aidil Fitri dan Aidil Adha.
Bisnes ini anda boleh lakukan samada secara online atau offline. Dan paling best, boleh dilakukan hanya dari rumah. Semua orang ada peluang dapat ‘income’ lebih sempena raya, tak kiralah anda pelajar, surirumah, penganggur, seorang suami, atau peniaga sekalipun.
Satu bisnes menguntungkan kerana anda boleh buat duit dengan keuntungan sehingga 100 peratus. Perghhh… boleh kata balik modal, dan buat untung berganda-ganda. Bisnes ini boleh jadi lubuk duit setiap tahun jika anda tahu cara dan kaedahnya.
6. Bisnes Produk Kecantikan
Produk kecantikan amat diperlukan oleh semua orang yang bernama wanita. Lagi-lagi setibanya hari perayaan kerana masing-masing ingin kekal cantik dan menawan.
Memang tidak disangkal yang wanita pada zaman sekarang agak prihatin terhadap kecantikan mereka dan mahu sentiasa kelihatan anggun dan awet muda. Bagi lelaki produk seperti minyak wangi amat mendapat sambutan. Bisnes ini memerlukan kemahiran bercakap ketika menjual.
Ada sesetengah kita yang sekadar menjadi pengedar kepada syarikat-syarikat produk kecantikan dan ada yang menjual produknya sendiri bergantung kepada modal individu itu sendiri.
7. Bisnes Mercun
Pulangan lumayan hasil jualan mercun menjadi faktor utama segelintir individu berniaga mercun biarpun menyedari perbuatan tersebut menyalahi peraturan dan boleh meragut nyawa seseorang. Sesiapa pun tidak kelabu mata memperoleh keuntungan RM10000 bermodalkan RM1000.
Ini kerana harga satu biji mercun boleh mencecah sehingga ratusan ringgit malahan ribuan ringgit. Jadi, tidak dinafikan yang bisnes jual mercun ini sangat menguntungkan individu yang menjual. Tetapi jika ditangkap dengan pihak berkuasa jangan salahkan saya yee..
Kredit foto: panduancpanel.net