7 Sebab Kami Langsung Tidak Peduli Dengan Penghasilan “Content” Tidak Berpengaruh

Manfaat-Menulis-Artikel-----Ompact.my

“Content Curation” ialah satu istilah bagi seseorang individu atau kumpulan yang sentiasa mencari, menyusun, mencatat dan berkongsi perkara yang paling relevan dan “content” digital pada topik tertentu untuk sasaran pemasaran mereka.

Curata.com ada kongsikan beberapa manfaat menulis artikel  “content curation” yang boleh kita ambil manfaat. Dengan mengikut langkah “content curation” yang betul ia semestinya berpengaruh.

1. Cipta “Brand Awareness”

Dapatkan pendedahan jenama dengan menambah perspektif kita sendiri pada kualiti “content” dari pelbagai sumber.

2. Wujudkan Kredibiliti Dalam Bidang Yang Kita Mahu Fokuskan

Bina sumber-sumber yang boleh bawa pelawat ke website kita, ia boleh meningkatkan kredibiliti dan menggalakkan pelawat untuk mempercayai kita sebagai orang yang boleh dipercayai dalam bidang topik yang kita sebut-sebut.

3. Guna Semula “Content”

Mudah untuk buat semula “content” yang telah dikurasi melalui “newsletter”, “email” dan saluran lain untuk memudahkan dan dapat dilakukan secara konsisten.

4. Sebarkan “Content” Di Media Sosial Dan Blog

Jadualkan media sosial dan blog kita untuk kongsi “content” yang baru dan yang relevan dengan pengikut dan pelanggan kita.

5. Bekerjasama Dengan Orang Luar

Pakai juga pendapat orang-orang dari industri supaya dapat elakkan diri dari berpegang dengan fikiran yang mengatakan bahawa perspektif sendiri adalah yang paling baik, strategi produk sendiri paling baik dan sebagainya tanpa memikirkan pandangan orang lain.

6. Menambah Baik SEO

Gunakan “content” yang dah dikurasi untuk cipta halaman tambahan untuk bantu berikan lebih banyak pintu laluan menuju “website” kita melalui enjin carian.

7. Sokongan Maklumat Pelanggan

Bantu halaman tambahan dilawati untuk menambah potensi bagi mendapatkan persinggahan dari pelanggan yang dinanti-nanti iaitu sasaran pelanggan kita.

Kredit foto: writtent.com

Add Comment