Menurut Pamella Neely seorang yang berpengalaman dalam bidang pemasaran internet,
Penceritaan adalah satu cara daripada cara pemasaran. Penceritaan merupakan satu kemahiran perniagaan yang sangat bagus dalam perniagaan dan diwariskan kepada generasi akan datang. Sesuatu perniagaan itu nampak hebat apabila di praktikkan dengan penceritaan.
Tidak kira perniagaan kecil atau besar. Atuk kita pun suka bercerita kan? Kita sendiri adalah pencerita tapi hanya perlu tingkatkan kemahiran kita dan perniagaan kita menjadi lebih baik. Dengan hanya mengetahui cara untuk menjadi seorang pencerita tak cukup.
Penceritaan nampak seperti sesuatu yang susah tapi sebenarnya mudah dan merupakan cara lama untuk mempromosikan sesuatu. Baca cara “storytelling” di bawah:
1. Adakan Seorang Musuh Dan Juga Wira
Sesuatu cerita itu memerlukan orang baik dan orang jahat. Jalan cerita yang dah sebati dengan kita ialah bagaimana wira menewaskan musuh.
Soalan untuk bertanya pada diri ialah apakah musuh utama bagi pelanggan kita?, adakah ia bahaya?, Membazir duit?, Impian tak tercapai?.
2. Gunakan Konflik
Konflik ialah bagaimana pertembungan antara musuh dan wira berlaku. Mungkin pemilik perniagaan membuat keputusan untuk memikirkan cara untuk selesaikan masalah.
Konflik ialah satu halangan yang anda lalui dalam perjalanan untuk berjaya. Jika sesuatu jalan cerita Itu tak lalui sebarang kesusahan maka ia akan jadi satu cerita yang “boring”.
3. Abaikan Sebarang Perincian Yang Tak Releven
Abaikan sesuatu yang tak menyumbang kepada perkembangan cerita atau perkembangan karakter. Ini adalah untuk mengekalkan perhatian pembaca. Kita hanya perlu beritahu perkara yang perlu diberitahu.
4. Kongsi Cerita Seperti Kita Sedang Bercakap
Perkara ini adalah sangat mudah. Bercakap cara korporat merosakkan cerita. “So” bercakaplah dengan cara biasa kita. Jika cara kita bercakap terlalu korporat dan susah untuk bercakap macam biasa, lebih baik kita upah orang yang pandai bercerita.
Cerita bergambar adalah satu pendekatan yang sangat bagus dan disyorkan dalam menyampaikan mesej. Tambah elemen gambar dalam penceritaan perniagaan untuk menjadikannya lebih meyakinkan.
5. Jadikannya Bergambar
Ada sebab mengapa buku kanak-kanak kebanyakannya bergambar dan banyak cerita yang hebat telah dijadikan filem. Gambar membantu sesuatu cerita nampak hidup.
Biasanya kita berdiri dan bercerita tetapi lebih baik cerita itu difahami dengan sebenar-benarnya dan difahami dengan pemahaman yang sama oleh semua yang mendengar /membaca. Penambahan gambar akan menjadikannya lebih hebat.
6. Jadikannya Persendirian Dan Mudah Untuk Dikaitkan
Gunakan gambar untuk menunjukkan apa yang berlaku sebenarnya atau di mana ia berlaku. Gunakan gambar watak sebenar dalam cerita. Sekali lagi diingatkan, bercakap seperti kebiasaan cara kita bercakap.
Tunjukkan personaliti. Dedahkan sedikit kelemahan dan ketakutan kita. Setiap orang ada kelemahanya. Boleh juga kongsikan cerita mengenai orang lain.
7. Tambahkan Unsur Kejutan
Cerita yang tiada kejutan adalah bosan. Kita sudah tahu perkara ini kerana kita seorang pencerita tetapi ia mengandungi pengulangan. Sama ada ia adalah kejutan yang baik atau tidak baik, setiap cerita yang baik sekurang-kurangnya ada satu kejutan. Kejutan penting dalam sebuah cerita sama seperti konflik.
Storytelling is the most powerful way to put ideas into the world – Robert Mckee
Di Mana Nak Praktikkan Semua Teknik Penceritaan Ni?
Sekarang kita dah terbayang-bayang untuk memberitahu suatu cerita yang baik. Di sini adalah tempat untuk mempraktikkan cerita tersebut dalam perniagaan kita dan pastikan cara “storytelling” juga diambil berat.
1. Blog Anda
Kongsikan cerita versi panjang anda atau jika anda boleh guna “post” blog untuk kongsi cerita-mini. Sebagai contoh, ceritakan tentang apa yang dilakukan oleh anda dalam perniagaan anda sebagai contoh kejayaan-kejayaan, pengalaman. (tidak semestinya mengenai anda).
Mungkin juga boleh ceritakan dalam blog mengenai pelanggan yang bersusah payah dengan sesuatu dan bagaimana mereka mengatasinya sebagai cerita-mini di blog anda.
Baca juga: 8 Kemungkinan Blog Kita Kosong Pelawat
2. Video
Tidak kira cerita apa yang kita fikirkan sama ada perniagaan, industri atau pelanggan kita, semuanya boleh dijadikan dalam bentuk video. Kita juga boleh tambah animasi di dalam video kita dengan menggunakan perisian “PowToon”.
Kita boleh membuat seluruh video itu hanya dengan menggunakan “PowToon” dan tambah audio, imej kita atau perkara lain. Dengan menambah sesuatu boleh membantu.
3. Mengenai Halaman
Lihat halaman “about us” dalam “website” kita sebagai satu tempat yang ideal untuk berkongsi cerita kita. Ini adalah untuk memberi pembaca faham dan memberikan satu pandangan yang bagus untuk dilihat.
Baca juga: 8 Sebab Peniaga Perlu Website Yang Profesional
4. Pengiklanan Yang Menarik Perhatian
Kalau nak tahu keberkesanan penceritaan sama seperti iklan yang menarik perhatian.
5. Menarik Pekerja
Sama ada kita cuba menarik pekerja baru atau memberi inspirasi kepada pekerja sedia ada, cerita adalah satu alat yang hebat. Cerita adalah satu cara untuk menjelaskan dunia.
kredit foto: business2community.com
Artikel menarik, terima kasih