MP Digital Marketing Philippines, telah kongsikan teknik pemasaran “online” yang efektif iaitu yang melibatkan media sosial sebagai alat yang penting. Tidak syak lagi media sosial merupakan “platform” maju yang membantu bisnes kita untuk kerja-kerja pemasaran.
Bagi mereka yang baru nak “try” pemasaran melalui media sosial, kejayaan pada kali pertama memainkan peranan penting , jika gagal maka ketinggalanlah jawabnya berbanding saingan-saingan kita. Untuk baik pulih reputasi bukanlah mudah.
Pantang larangnya adalah seperti yang di bawah:
1. Tidak Mempunyai Strategi Media Sosial Yang Baik
Syarikat tanpa strategi media sosial tidak mampu memberikan mesej yang efektif kepada penonton, Untuk menjalankan plan pemasaran yang efektif perlulah kepada strategi yang memainkan peranan.
Teknik pemasaran “online” yang boleh kita buat ialah membuat polisi, suara asing di media sosial (contohnya, “feedback”), konsep matlamat yang boleh diukur, pelan kalendar media sosial.
Mengepos secara membuta tuli takkan bawa “brand” kita kemana. Perlunya ada strategi media sosial untuk “content” yang mendapat sambutan.
2. Terlalu Awal Membuat Banyak Akaun Di “Platform”
Banyak perniagaan mempunyai banyak akaun media sosial sedangkan mereka tidak mampu untuk ”post” “content” yang berkualiti sambil libatkan diri dengan “follower” dan “pelanggan” mereka.
Kita kena ingat yang kita hanya mampu gunakan satu media sosial pada satu masa dan bila kita sekejap guna Facebook, sekejap Twitter, sekejap Instagram, sekejap Pinterest dan akhir sekali semuanya diabaikan.
Pelanggan kita akan lihat kita tidak teratur jika akaun media sosial kita tidak di-“update” dan hanya mempunyai “post” bulan-bulan lepas atau tahun lepas.
3. Bayar “Follower” Acah-Acah
Dengan “follower” yang ramai boleh bantu bangunkan perniagaan kita . Tetapi tak membantu meningkatkan “ROI” (untung) atau meningkatkan penglibatan pengguna jika mereka hanya “Follower” yang acah-acah.
Instagram dah mulakan langkah “delete” jutaan akaun untuk mengelakkan dari penggunanya bayar untuk dapat banyak “follower”. Ramai mereka yang ternama kehilangan “follower” yang ramai akibat dari tindakan tersebut.
Sasaran kita yang sebenar ialah dapatkan pengguna yang “original” dengan itu hubungan lebih kukuh dan jangan fokus pada ramainya sahaja.
4. Bercakap Terlalu Banyak Mengenai Brand Kita Sahaja Macam Takde Topik Lain
Kongsikan “post” orang lain yang bermanfaat untuk “follower” kita. Beri penonton tahu yang kita suka dan rela berkomunikasi, dan mereka akan lebih gembira untuk ambil bahagian dalam aktiviti dan juga kongsi idea mereka yang boleh bantu naikkan “brand” kita.
5. Terlalu Kerap Guna (#)
Penggunaan “hashtag” memang boleh bantu bisnes kita untuk lebih dikenal ramai tetapi boleh jadi sesuatu yang menjengkelkan pada orang.
Jadi kurangkan penggunaan “hashtag” dan hanya guna pada yang berpatutan, pastikan ia relevan dengan post kita.
6. Share Terlalu Banyak Dalam Masa Yang Singkat
“Post” tanpa kira masa dan banyak pula akan mengakibatkan “followers” dan pelanggan lari.
Cuba tetapkan masa post yang tidak kerap dan konsisten. Jadualkan “post” atau guna alat penjadualan macam “Hootsuite” dan “Buffer”.
7. Lupa Untuk Semak Ejaan Salah
Jangan lupa untuk betulkan ejaan yang salah pada “post” kita kerana boleh jadi mesej tidak sampai, salah faham dan orang menyampah nak baca.
8. Abaikan Aspek Sosial Di Media Sosial
Orang di media sosial mengharapkan untuk mendapatkan respon dan berurusan dengan seorang manusia.
Kita tak perlu balas setiap komen tetapi beri tindak balas pada mereka untuk bina kepercayaan dan rapatkan hubungan antara kita dan pelanggan.
Majukan “brand” dengan beri tindak balas pada pertanyaan pelanggan, ambil tahu dan libatkan “brand” dalam forum dan komuniti. Berkomunikasilah seperti manusia dalam membawa “brand” untuk membuatkan penonton rasa secocok dengan kita.
kredit foto: www.financial-planning.com