8 Kemungkinan Blog Kita Kosong Pelawat

Cara Menaikkan Trafik Blog---Ompact.my

Benar lah apa yang dikatakan Daniela Uslan seorang pembimbing blog, penulis dan juga seorang cikgu bahawa apa yang setiap blogger mahukan ialah trafik yang banyak. Kebanyakan dari kita meluangkan masa berjam-jam hanya untuk menulis sesuatu ”content” untuk di “post” ke Facebook namun tiada yang beri respon pada “content” kita. Ini berlaku kerana kemungkinan usaha yang kita lakukan tidak cukup lagi tentang bagaimana cara menaikkan trafik blog.

Tapi macam mana pula dengan orang yang dah “promote” “post” dia gila-gila tapi masih dapat respon yang tidak memberansangkan. Apa yang kita dapat hanya tekanan, dan perkara ini sudah biasa dilalui. Jadi, apa yang perlu dibuat selain promosi gila-gila dan sebagainya yang dah kita lakukan.

Baca 8 kejahilan kita yang buatkan orang lari dari blog kita yang cantik.

1. Tidak Kenal Siapa Pembaca Kita Dan Kita “Blur” Cara Nak Layan Mereka

Langkah pertama untuk harapkan blog kita dapat ramai pembaca ialah dengan mengenali siapa pembaca kita.

Kenali mereka seperti kita kenal kawan baik kita. Kita sudah semestinya tahu semua perkara tentang kawan baik kita kan. Tapi dalam bab ini yang penting sekali untuk kita tahu ialah apa yang membuatkan mereka rasa teruja. Kalau kita tidak tahu apa yang mereka suka bagaimana nak tulis “content” yang  mereka akan suka dan kongsi pada orang lain dan sentiasa menanti-nantikan “content” kita yang baru.

Perlunya tahu cara yang unik untuk bantu mereka. Selain itu, apa yang kita dan blog kita mahu mereka hadam setiap dari “post” kita. Tanpa pembaca dan fokus kita sendiri, kemungkinan besar kita akan mensia-siakan waktu berjam-jam untuk promosikan “content”. Macam mana kita nak dapat trafik yang betul jika kita tidak tahu siapa pembaca blog kita.

2. Topik “Post” Kita Boring

Jika kita mempunyai pembaca yang spesifik dan fokus dekat mereka akan membantu banyak perkara. Jika kita sudah pun menulis beberapa “post” dan berfikir yang pembaca akan suka dengan “content” kita, tetapi malang sekali pembaca tidak pandang maka apa yang perlu dilakukan.

Perkara ini berlaku kerana satu kesilapan yang kecil yang sering terlepas pandang iaitu berkomunikasi dengan pembaca kita.

Kenali mereka dan tahu apa yang mereka nak baca. Blog adalah perbualan antara kita dengan pembaca kita. Salah satu cara yang mudah ialah dengan “join” “group” Facebook yang berkenaan dengan apa yang kita nak tanya dan tanya pada mereka apa yang mereka minat nak baca dan sanggup tidur lewat kerana nak membacanya.

Kemudian, barulah tulis apa yang dikehendaki dan diminati oleh pembaca untuk baca. Keputusannya, kita akan dapat lebih trafik dari sebelum ini.

Jangan lupa perkara yang penting sekali ialah kita mesti ambil berat tentang kehendak kita untuk menulis apa yang kita minat juga bukan kehendak pembaca sahaja. Jadikannya kegemaran kedua-dua pihak.

3. Tajuk Iklan Kita Tak “Best”

Setiap “blogger” mahukan lebih ramai penglibatan, pengikut dan pelawat dalam blog mereka namun tajuk iklan atau yang kita panggil “headline” nampak tidak menarik dan pembaca tidak minat untuk klik.

Jadi di sini ada beberapa peraturan menulis tajuk iklan yang baik:

  • Tulis tajuk iklan kita membuatkan orang teruja bila membacanya
  • Tulis tajuk iklan kita membuatkan orang tertanya-tanya untuk membaca
    “post” yang lain juga
  • Tulis tajuk iklan yang dapat difahami sekaligus orang yang membaca dapat kenalpasti apa yang mereka akan dapat jika membaca “post” kita walaupun mereka tidak pernah masuk dan baca blog kita namun mereka dapat faham.

Syarat untuk orang klik dan baca “post” ialah perlunya tajuk iklan yang menarik perhatian mereka. Cadangan bagi mereka yang nak tulis tajuk iklan dalam Bahasa Inggeris pula boleh gunakan “Coschedule Headline Analyzer” untuk semak kebagusan tajuk iklan mereka.

4. Gambar Yang Tidak Menarik Perhatian

Kita perlu ada gambar “brand” yang cantik setiap kali berkongsi “post” kita di media sosial sebagai langkah untuk menarik pembaca. Perlu diingatkan benda ini perlu dilakukan setiap masa.

Gambar kita mestilah:

  • Menarik di mata
  • ‘Design” menarik
  • Sesuai dengan jenama kita

Dan letakkan tajuk iklan “post” kita dan logo atau URL pada gambar kita.

Apabila gambar yang cantik digandingkan dengan setiap “post” kita akan memberikan lebih banyak sebab untuk orang ramai klik dan baca.

Gambar “brand” yang konsisten akan membantu kita untuk dikenali orang ramai. Perkara ini membantu untuk orang klik dan baca “post” kita dan kongsi dengan rakan mereka. Manfaat untuk kita ialah dapat lebih banyak trafik.

5. Orang Malas Baca “Post” Kita

Kalau kita fikirkan kenapa sesetengah pembaca novel tidak kisah jika novel yang dibaca tidak mempunyai tajuk atau tajuk kecil. Tetapi jika membaca “post” di blog, mentaliti kita akan berubah untuk membaca dengan sekali lalu, dapatkan isinya dan jika berminat kita akan ulang baca kembali.

Begitulah sikap kebanyakan pembaca blog, mereka tidak akan baca satu persatu ayat yang kita tulis di hari cuti mereka jadi mereka nak baca cepat dan keluar dari blog secepat mungkin.

Jika “post” kita panjang-panjang kemungkinan besar mereka akan lari dan tidak akan kembali.

Pastikan setiap ”post” kita mempunyai tajuk dan tajuk kecil, gunakan “Bullet Points” dan “Bold” pada teks supaya nampak mudah dibaca. Jika mereka tidak faham isi penting “post” kita dalam masa kurang dari 5 saat maka kita akan kehilangan mereka.

6. Penulisan Kita Sebijik Macam Orang Lain

“Post” kita sepatutnya tidak hanya dapat dibaca tetapi ia harus jadi wakil kepada kita dan suara unik kita. Bina gaya penulisan unik kita sendiri. Petua untuk bina suara penulisan kita sendiri:

  • Dengar percakapan kita sendiri. Kenalpasti ungkapan apa yang kita selalu sebut dan sebatikan dalam penulisan kita.
  • Lihat kembali “post” kita yang lama untuk kita tambah perkara lucu, atau perkataan unik kepada mereka.
  • Cipta bahasa untuk blog kita.

Suara yang unik dapat membantu kita dapatkan banyak pembaca.

7. “Post” Kita Leceh Untuk Di “Share”

Mengenai perkongsian atau “sharing”, pastikan kita mudahkan orang ramai untuk kongsi “post” kita.

  • Adakan “Click To Tweets” pada setiap “post” kita. Ia sangat berguna untuk banyakkan perkongsian “post” kita.
  • “Install” butang kongsi dan membuatkannya lebih mudah untuk kongsi di platform yang mereka pilih. Contohnya, jika gunakan WordPress boleh cuba gunakan “plugin” “Social Warfare” sebagai salah satu pilihan yang terbaik.
  • Pastikan kita “set” kan “post” blog kita supaya apabila orang kongsi “post” kita, saiz gambar kita jadi tidak lari. (“Social Warfare” amat memudahkan dalam hal ini).

8. Tidak Membina Senarai Email Atau Sebuah Komuniti

Apa yang kita nak bincangkan di sini ialah bagaimana nak adakan perancangan untuk masukkan pelawat blog kita dalam senarai email kita supaya kita boleh bina hubungan dengan mereka.

Bila sudah bina hubungan dengan mereka, kebarangkalian besar mereka akan datang kembali melawat blog kita, tambahan lagi mereka akan kongsikan “post” kita.

Selain menambah bilangan pelawat, mereka boleh bertukar menjadi kawan, peminat dan yang paling penting sekali menjadi pelanggan.

Kredit foto: www.historylines.net

Add Comment