Joanna Wiebe bukan seorang penulis yang biasa-biasa sahaja tapi seorang yang pakar dalam menulis “content” dan juga “conversion content”. “Conversion content” bermaksud menggunakan “content” untuk menjual. Antara nasihat terbaiknya adalah 8 tip menulis artikel “content”.
1) Jangan Umpan Pelanggan Yang Hebat-Hebat Untuk “Case Study”
Dapatkan pelanggan yang sederhana. Tarik perhatian mereka dengan berikan sebanyak maklumat yang kita boleh beri. Maklumat yang diberi termasuk pengajaran, formula, eksperimen dan maklumat lain yang sangat berguna.
Kenakan bayaran pada perkara yang orang ramai mahukan selepas mereka dapat rasa benda percuma yang kita berikan.
2) Luangkan Banyak Masa Untuk Menulis “Headline” Yang “Power”
Joanna meluangkan banyak masanya untuk cipta “headline” yang hebat. Nasihatnya, jangan masukkan “keyword”,dan jangan dengar kata diktator SEO yang dah lapuk untuk tulis “headline”. Buat “headline” yang menarik perhatian, tidak mengarut dan bebaskan diri untuk ambil formula berkesan.
Tip menulis artikel oleh pakar: “Headline” yang hebat biasanya jelmaan ayat jualan dari perkara yang kita cuba nak jual.
Lagi tip pakar: Tanya diri kita soalan mengenai pelanggan yang kita nak tulis untuk mereka. Apa yang berlaku dalam hidup kita dan yang membawa kita ke sini hari ini
Tip pakar ketiga: Pada “Landing Page”, selaraskan “headline” dan butang salinan untuk tingkatkan penukaran.
3) Tulis “Headline” Yang Sangat “Power” Dengan Menggunakan “Data”
Perkara yang membuatkan sesuatu “headline” itu menonjol ialah:
- Tambah sesuatu “data” mengenai hasil
- Letakkan ayat yang dapat mengatasi ragu-ragu
- Apa yang kita tidak perlu buat untuk dapatkan keputusan
4) Tuliskan Ayat Jualan Bukan Kelebihan Produk
Ayat jualan kita mestilah menunjukkan sesuatu yang unik dan sesuatu yang orang nantikan tawaran kita. Jangan tertukar dengan kelebihan produk. Nyatakan sesuatu mengenai produk kita contohnya, apa produk kita boleh buat. Boleh juga sertakan manfaat akhir produk.
5) Kenali Diri Kita Dengan Beberapa Jenis Kesedaran
Terdapat beberapa jenis kesedaran yang orang ramai harus ada semasa proses jualan. Bergantung pada tahap kesedaran mereka, “content” dan mesej yang berbeza.
- Kesakitan, menyedarkan orang ramai untuk ambil tindakan dalam mencari penyelesaian kepada kesakitan mereka.
- Penyelesaiaan, menyedarkan orang ramai untuk ambil tindakan pada manfaat tahap tinggi, jangan fikir masalah, hal orang, tapi fikirkan penyelesaian.
- Jenama atau produk, menyedarkan orang ramai untuk lihat manfaat terbesar dan terbaik yang produk kita tawarkan sebelum dikenalkan pada mereka manfaat-manfaat yang lain. Mereka sukakan manfaat yang banyak.
- Masalah, menyedarkan orang ramai tentang masalah mereka, mereka tidak ada idea untuk selesaikan masalah.
- Orang yang tidak sedar sepenuhnya lebih-lebih lagi tidak tahu mengenai masalah mereka.
6) Hayati Persamaan Antara Ayat Jualan Dan “Tagline”
Contoh ayat jualan bersama “tagline”;
“Arisa: Search one and found.”
Kadangkala, “tagline” terbaik ialah ayat jualan kita, tetapi boleh dikecilkan lagi menjadi lebih kecil dan spesifik.
7) Teruskan Buat “Swipe file” Untuk Inspirasi
“Swipe file” ialah koleksi “content” yang susah dilupakan untuk kita guna bagi dapatkan idea. Simpan “content” yang kita sayang, tidak kira kita rasa “content” itu bagus atau teruk.
8) Tulis “Content” Yang Mengejut, Terkejut, Menjana “Sharing”, Dan Boleh Cari Gaduh
Buat sesuatu dengan cara yang boleh diterima dan tukarkan cara. Jadi penghasut bukan menghina.
Masih tidak tahu nak tulis apa maka bolehlah “survey” pelawat blog dan “subscriber” email untuk tahu topik mana yang mereka minat sekali. Jangan lupa respon pada pertanyaan pelanggan.
kredit foto: theblogpress.com