8 Sebab Peniaga Perlu Website Yang Profesional

Bina-laman-web-sendiri -Ompact.my

Menurut Kaz Design Work kebanyakan dari kita yang berniaga secara ”offline” mempunyai fikiran yang kita tidak perlukan “website” untuk meningkatkan prestasi bisnes kita kerana hanya akan menambahkan kos, lagipun sasaran pelanggan kita juga tidaklah menggunakan website untuk beli produk kita.

Fikiran ini adalah salah faham yang perlu diperbetulkan. Baca 8 sebab kenapa kita perlu bina laman “web” sendiri secara profesional tidak kira besar mana bisnes kita.

1. Bisnes Yang Ada Kredibiliti

Orang sekarang ini sudah pakai internet untuk mencari barang-barang atau servis keperluan. Kredibiliti sesuatu bisnes itu akan meningkat dengan adanya “website”. Jadi rugilah kalau kita tidak bina laman “web” sendiri. Jika kita sudah mempunyai “website” buatan sendiri yang kurang menarik, upahla orang yang pandai untuk menaik tarafkan “website” kita atau kita pergi belajar sendiri di internet atau kelas-kelas.

Dengan mempunyai “website” yang profesional akan meningkatkan kepercayaan orang terhadap kita punya bisnes. Lagi-lagi jika kita hanya buat bisnes di rumah yang tidak ada kedai secara fizikal dan nyata.

2. “Website” Menjimatkan

Memang tidak dinafikan bayaran untuk upah orang buat “website” yang profesional mencecah beratus-ratus tetapi ia lebih berbaloi dari membuat iklan di surat khabar kerana “website” berpotensi untuk mencapai pelanggan yang lebih ramai dan lebih efektif.

3. Boleh Beri Maklumat Terkini Kepada Pelanggan

“Website” lebih cepat dan mudah untuk kita memperbaharui maklumat mengenai produk kita dan servis pada website kita berbanding melalui bahan cetak. Jadi dengan mudahnya kita boleh beritahu pelanggan mengenai produk yang baru, acara, promosi istimewa atau servis baru. Kita boleh memperbaharui maklumat kita lagi dan lagi tanpa batasan.

4. Sentiasa Boleh Diakses

“Website” kita sentiasa buka untuk diakses oleh sesiapa sahaja 24 jam setiap hari. Perkara ini membolehkan pelanggan melihat produk-produk dan servis kita di “website” walaupun kedai fizikal kita dah tutup. Manusia semakin sibuk dan inilah jalan penyelesaian untuk pelanggan membeli dalam masa yang singkat iaitu secara “online”.

5. “Website” Membolehkan Untuk Mencapai Pemasaran Yang Lebih Luas.

“Website” adalah tempat yang baik untuk jual produk dan menawarkan servis kita pada pemasaran yang lebih luas. Jangan lupa yang kereta dan rumah pun boleh dijual secara “online”.

6. Sebagai Medium Untuk Menayangkan Hasil Kerja Kita

Tidak kira kerja apa kita buat, “website” adalah tempat yang boleh tayangkan semua kerja kita. Dengan memasukkan portfolio dan gambar di galeri, tak lupa juga testimony-testimoni mengenai kerja kita. Kita boleh tunjukkan keunikan bisnes kita.

7. “Website” Menjimatkan Masa Kita

Memberikan maklumat pada pelanggan kita akan mengambil masa yang lama tidak kira dengan menggunakan alternatif panggilan telefon, bersemuka, risalah atau email. Semua ini melambatkan maka dengan “website” semua pelanggan dapat akses secara serentak tanpa membuang masa.

8. Menambah Baik Bantuan Pelanggan

Iaitu dengan menyediakan halaman FAQ, menambah artikel atau beri “newsletter” percuma untuk menjawab segala pertanyaan pelanggan kita supaya dapat kekal perbaharui maklumat. Apa yang penting ialah memberikan maklumat terbaru kepada pelanggan.

Baca juga: Guna Media Sosial Untuk Bawa Trafik Masuk “Website”

kredit foto: oldcitywebservices.com

Add Comment