“Algorithm” Instagram Berubah Cara Facebook. Apa Pendapat Anda?

Algorithm Instagram berubah - Ompact.my

Isu media sosial terkini. Instagram berubah cara Facebook? Apa yang sebenarnya yang berubah? –Baca sampai habislah.

Seperti yang kita tahu Instagram boleh jadi sesak dengan “post” dari page-page yang kita “Follow” maka di sini ada penyelesaiannya.

Menurut kajian Marko Saric peningkatan pengikut “Insta” pada bulan Februari adalah 0.2%.  Pengurangan sebanyak 45.95% berbanding bulan Januari. Bulan Februari tahun ini adalah yang terendah sepanjang kajiannya dari April 2015.

Walau bagaimanapun, Instagram tetap lebih hebat berbanding Facebook dan Twitter.

Lebih 200 000 pengiklan aktif di “insta” sekarang, tetapi masih jauh lagi untuk melebihi Facebook yang mempunyai lebih 3 juta pengiklan aktif.

Kadar penglibatan Instagram bulan Februari adalah 0.84% dari jumlah keseluruhan pelawat. Sebanyak 11.58% penurunan berbanding bulan Januari iaitu kadar penglibatan terendah sepanjang kajian 11 bulan yang lepas. Penglibatan Instagram menurun sebanyak 70% sekarang ini.

Sebab-sebab kepada penurunan penglibatan yang berterusan:

  • Banyak “brand” dan pengguna lain menggunakan “Insta” untuk “post” dengan terlebih kerap dan ini menyebabkan gangguan pada post lain.
  • Instagram telah melancarkan bisnes pengiklanannya beberapa bulan lepas dan menambahkan lagi gangguan.
  • Pengguna biasa “Insta” ramai yang “follow” akaun baru dan menyebabkan banyak “content” yang mereka terima dalam “feed” mereka seterusnya mengakibatkan mereka terlepas pandang banyak perkara.

Perkara ini tak menjejas Instagram sebagai “platform” paling banyak orang terlibat berbanding Facebook dan Twitter.

Gambar Adalah Alat Yang Paling “Power”

Gambar masih menguasai Instagram sampai sekarang. Sebanyak 91.07% “content” gambar sahaja tak termasuk “content” lain yang  di”post” pada bulan Februari. Terdapat 0.88% jumlah pelawat yang terlibat dengan gambar dan 0.53% untuk video. Ini menunjukkan gambar mendapat lebih banyak sambutan berbanding video.

Perubahan Di Instagram

Instagram bercadang untuk ubah cara post disiarkan menjadi seperti Facebook. Seperti yang kita tahu Facebook akan mendahulukan post-post dari “page” yang di”Like”,

kawan baik dan lain2 maka Instagram akan melakukan perkara yang sama untuk mengelakkan gangguan pada “post” dan mendahulukan “post” yang sepatutnya.

“Like” Di Instagram

Instagram bercadang untuk tukar “display” pada bahagian “like”. Biasanya “content” yang rendah dari 11 “Like” akan dilihatkan “username” seseorang tapi akan ditukar kepada bentuk nombor sahaja walaupun kurang 11 “Like”.

Langkah yang perlu diambil:

  1. Tukar sebahagian fokus kita dari Twitter kepada Instagram sebab ia adalah platform yang hebat untuk ramaikan penglibatan.
  2. Fikir bersama “Team” kita bagaimana nak jadikan gambar kita impak yang besar.
  3. Pengiklanan “Instagram” dapat bantu kita kurangkan masalah gangguan. Ia adalah cara yang terbaik untuk meramaikan pelawat agar mereka capai “content” kita.

 

Pandangan Dalam Isu Media Sosial Ini

Pada pandangan saya perkara yang nak dilaksanakan oleh Instagram ini sangat baik dan boleh bantu pengguna-pengguna terlepas pandang “post” yang penting.

Cara “display” pada “Like” pun lebih nampak “simple” dan tidak berserabut dengan “username” pengguna.

Apa pendapat anda?

Baca juga: Strategi Ini Boleh Bantu Tingkatkan Kualiti Pemasaran Instagram Anda

kredit foto: www.skyword.com

Add Comment