Apa Gunanya Ada Senarai Email?

Senarai-Email---Ompact.my

Kebanyakan dari kita mungkin dah biasa dengar tentang senarai email. Tetapi ramai yang masih tidak jelas kenapa banyak “blogger” dan peniaga perlu menggunakan senarai email atau “email list”.

Menurut Melyssa Griffin yang merupakan seorang guru usahawan dan “blogger”, ramai yang hendak mula membuat senarai email namun tidak tahu mengapa mereka perlu buat senarai email. Di sini ada 3 perkara yang kita nak dedahkan mengapa kita perlu bina senarai email.

1. Selain Dari “Website”, Email Juga Adalah Milik Kita

Media sosial sering digunakan untuk mengembangkan keuntungan dan penglibatan “post” atau perniagaan. Ia menghubungkan kita kepada pembaca, sambil membolehkan kita kongsi perkara berkenaan kehidupan kita dan membawa trafik kepada laman web kita. Namun ia mempunyai kelemahan iaitu:

Kita Tidak Boleh Kawal Sepenuhnya

Kita bukanlah pemilik Instagram, Pinterest atau apa-apa platform media sosial walaupun kita mempunyai akaun sendiri yang kita sibuk kembangkan selalu.

Semua platform itu sentiasa berubah seperti apa yang berlaku pada halaman Facebook yang memaksa kita untuk bayar mereka jika kita mahukan “post” kita di“promote” oleh mereka supaya lebih berkesan dan mencapai komuniti yang sesuai untuk lihat perkembangan terbaru kita.

Kita bertuah sebenarnya dengan kehadiran “email newsletter” kerana ianya milik kita. Jadi, walaupun sesebuah platform yang kita ada berubah dan perlu dibayar namun kita masih ada senarai email yang sudah ada pengikut yang sudi membuka email kita dan baca perkembangan penting dari kita.

2. Pelanggan Email Akan Menjadi Pembeli Produk

Jika kita ada senarai email, bayangkan bahawa peti email seseorang adalah benda yang tinggi nilainya. Jika mereka benarkan kita untuk hantar email, maka mereka secara sengaja menjemput kita ke dalam rumah maya.

Perlu diingatkan bahawa mereka tidak sukakan benda yang tidak berguna seperti “spam” dalam “inbox” mereka, tetapi mereka sanggup untuk “scroll” suapan-suapan Instagram  yang penuh dengan gambar daripada kenalan-kenalan mereka termasuklah kenalan yang baru dua kali pernah berkomunikasi.

Kebanyakan orang tidak memilih pun dengan siapa yang mereka ikuti di media sosial, berlainan dengan mereka yang melanggan melalui email. Pelanggan yang melanggan email adalah pelanggan yang berpotensi. Mereka bukanlah “follower” yang biasa-biasa seperti di Twitter. Mereka adalah pelanggan yang sebenar, dan mereka mungkin nak beli apa sahaja yang kita jual.

Jika mereka pelanggan yang berpotensi maka sangat penting untuk kita jaga pelanggan email kita. Jadikan mereka bakal pelanggan setia kita.

 3. Satu Cara Yang Mudah Untuk Berhubung

Email adalah satu cara yang mudah untuk berkongsi maklumat dan berhubung. Tidak semua orang akan lihat Instagram atau laman web kita hari-hari melainkan mereka sudah jatuh cinta dengan laman web kita.

Tetapi berlainan dengan email, kerana biasanya mereka akan periksa email mereka hari-hari. Senarai email adalah satu perantara yang sangat baik untuk kekal berhubung dan memastikan pembaca kita menerima kiriman email kita.

Siapakah yang perlu ada senarai email?

Jawapannya ialah semua “blogger” dan pemilik bisnes perlu ada tetapi jika kita tidak berniat untuk menjual produk atau servis maka jawapannya ialah tidak perlu untuk mempunyai senarai email.

Baca juga: Teknik Penulisan Email Yang Berjaya Buat Pelanggan Klik Untuk Baca!

Kredit foto: www.rvadv.com

Add Comment