Kebanyakan dari kita yang mempunyai banyak komitmen pasti nak berjimat cermat dalam menggunakan masa kan? Jadi di sini ada solusinya dalam menjalankan media sosial sambil menjimatkan masa kita.
Baca juga : Guna Media Sosial Untuk Bawa Trafik Masuk “Website”
Melibatkan diri dengan pelbagai media sosial untuk berinteraksi dengan pembaca kita ialah suatu kerja yang memenatkan. Krista Rae ada kongsikan bebarapa petua untuk “posting” di media sosial dengan efektif.
1. Kenali “Platform” Yang Kita Sedang Pakai
Setiap media sosial ada keunikan masing-masing .
Satu helah yang baik oleh Donna Moritz untuk tampak profesional ketika pos “content” iaitu dengan bina kotak segi yang mengandungi teks di tengah-tengah kotak ini membolehkan “platform” “sharing” seperti Hootsuite tidak memotong gambar kita dan kelihatan profesional di mata orang ramai.
Contoh gambar seperti dibawah dan kedudukan teks di tengah kotak gambar:
2. Buat Perancangan
Tidak perlu perancangan yang terlalu ketat seperti jadual harian seorang askar. Yang perlu adalah jadual mingguan atau bulanan yang berulang-ulang untuk post.
Jika kita sudah rancang untuk kongsikan ”post” motivasi pada hari isnin dan hari rabu pula kita nak tumpukan pada perniagaan kita, maka teruskan.
Mempunyai perancangan secara keseluruhan amat membantu untuk mengekalkan kesegaran dan kepelbagaian “content”.
Salah satu kebaikan media sosial jika kita sudah ada perancangan untuk “post” sesuatu ialah kita tidaklah mengalami stress untuk memikirkan “post” apa yang nak di “post”.
3. Pilihan Sendiri
Membuat “auto-post” di “platform” penjadual “post” dapat memudahkan kita “post” secara “auto” dan cuma perlu kongsikan tajuk artikel dan “link”.
Antara cadangan “blogger” untuk memudahkan kerja mereka ialah dengan menggunakan “plugin”- “Click to Tweet”.
4. Lakukan Eksperimen
Tujuan melakukan eksperimen ialah untuk bantu kita dapatkan masa “posting” yang sesuai supaya lebih ramai dapat lihat dan baca post kita ketika itu. Eksperimen ini mengambil masa yang lama sedikit terutamanya jika kita baru nak cuba mengautomasikan post.
Walaupun terdapat pelbagai “platform” yang sedia membantu memudahkan kerja kita terutama di waktu ramai pembaca online, kita tidak tahu waktu bila peminat tegar kita akan muncul.
Nasihatnya ialah jangan menggunakan bahasa robot terutama di mata peminat tegar kita. Lakukan kajian waktu sesuai untuk menjadualkan “post” pada masa-masa tertentu sambil lihat hasilnya dan jangan lupa untuk rekodkan hasilnya.
5. Jadikannya Benar-Benar Daripada Kita
Kita semua bersenang hati dengan kemudahan-kemudahan sekarang yang boleh memudahan kita melakukan perkongsian di media sosial tetapi kita tidak disarankan untuk menjadualkan kesemua “post” kita.
Campur-Campurkan
Kita boleh uruskan “content” kita untuk di “post” sepanjang satu minggu dengan kadar satu atau dua “post” sehari. Kemudian pilih satu “platform” kegemaran kita untuk “post” “content” kita secara langsung dan lakukannya pada setiap hari.
Untuk kita “post” sesuatu ia bergantung pada kita dan pembaca kita, juga melalui hasil eksperimen yang dilakukan.
Kredit foto: www.philipcalvert.com
wwoi