Menurut Cherry Kwan seorang yang berpengalaman dalam pemasaran internet, banyak orang kata trafik datang dari carian organik atau carian berbayar. Walaubagaimanapun, media sosial adalah satu saluran yang memandu kebanyakan trafik kepada laman web.
Ada berbilion pengguna media sosial seperti Facebook, Twitter, Intagram, Linkedin:
- Facebook saja pun dah ada 1.59 billion pengguna aktif dan 1.04 bilion pengguna aktif setiap hari secara purata.
- Twitter pula ada 320 milion pengguna aktif setiap bulan dan mempunyai 1 billion pelawat unik ke laman web yang mempunyai tweets.
- LinkedIn dan Instagram juga mempunyai kehebatan tersendiri.
Semua ini menunjukkan media sosial mempunyai peranan besar. Baca cara meningkatkan trafik website di bawah ini:
1) Waktu Sesuai Berkomunikasi Dengan Pembaca
Jika zon waktu pelawat sama waktu dengan kita, pasti kita nak post secara langsung pada waktu itu juga. Kita mesti nak “post” di waktu pelawat kita sedar dan aktif di laman sosial. Terdapat beberapa alat untuk menganalisa pelawat secara spesisfik dan berikan kita masa yang optimum untuk “post”:
- “Buffer”. Alat penjadualan optimal boleh beritahu kita waktu terbaik untuk berkongsi di media sosial. Menyesuaikan berapa banyak anda boleh post dalam sehari.
- “FollowerWonk” membolehkan kita mengetahui bilangan pengikut Twitter kita yang paling aktif pada hari itu. Apa yang hebat “FollowerWonk” ni kita boleh menjadualkannya ke dalam “Buffer” kita.
2) Sasaran Berdasarkan Minat Demografi Dan Tingkah Laku
Buat kajian sebelum kita belanjakan duit pada “post” media sosial. Untuk dapatkan lebih untung, ketahui minat pembaca kita melalui “Google Analytics” dan “Insights”. Melalui “Facebook Insight”, kita dapat lihat demografi utama peminat “Facebook” kita beserta umur dan lokasi pembaca.
Twitter Insights – memberikan kita gambaran keseluruhan dari minat pengikut kita. demografi, gaya hidup dan pen-jejak mudah alih.
- Bahagian demografi, menunjukkan peratusan pengikut lelaki dan perempuan sekali dengan bahasa yang mereka guna, lokasi dan rantau mana mereka duduk.
- Bahagian gaya hidup memberikan informasi minat dan genre TV. Twitter juga memberikan maklumat kepada pengikut kita melalui online”.
- Google Analytics. Digunakan untuk dapatkan data mengenai sasaran pembaca kita di media sosial gunakan Google Analytics. Selain itu boleh juga untuk mensasarkan ke arah post Facebook dan Twitter untuk memastikan ia sampai kepada orang ramai.
3) Komen Pada Blog
Komen-lah pada blog. Berikan sesuatu yang releven dan boleh melahirkan perbincangan dengan pembaca. Maksudnya bukanlah komen seperti kata-kata pujian seperti “post yang hebat”, “kerja yang bagus” dan lain-lain.
Ideanya bukan untuk komen pada setiap blog, tetapi untuk memberikan manfaat pada yang lain. Jika nak tinggalkan “link” di dalam kotak komen, tanya diri beberapa soalan:
- Adakah ia bermanfaat.
- Adakah ia releven pada blog tersebut.
- Adakah informasi yang dikongsi bernilai.
4) Hantar Email Kepada Pembaca
Email adalah satu cara untuk berhubung dengan blogger dan profesional. Seorang pengurus komuniti, boleh menerima pelbagai email dari penulis blog, perniagaan dan pemasar digital. Jadi, belajar cara menulis email dengan baik adalah satu keperluan untuk menarik pelanggan atau pembaca ke website kita.
Biasanya, kita akan capai mereka melalui email dan berkongsi “content” terbaru dan infografik. Tujuan utama email ialah untuk berkongsi maklumat yang bernilai dengan mereka untuk disebarkan kepada pembaca kita.
Email yang bukan “spam” dan “link” adalah bernilai kepada pembaca. Perkongsian melalui saluran media sosial memang patut kena lakukan. Penulisan artikel yang hebat dan berkualiti tinggi sangat digalakkan.
5) Libatkan Diri Dalam Komuniti Dan Kumpulan
Kalau nak berbual-bual dengan orang ramai dalam komuniti yang berkongsi minat yang sama dengan kita, Linkedin dan Facebook adalah pilihan utama. Berkongsi artikel yang bernilai dalam kumpulan dapat memandu trafik dari komuniti ke pautan laman web kita.
Jangan tunjukkan yang kita hanya nak promosikan “content” kita. Kalau admin atau ahli dalam kumpulan nampak tujuan kita hanya tahu nak mempromosi, kita boleh ditendang keluar dari kumpulan.
Tempat yang bagus untuk ambil bahagian dalam “Group” untuk berbincang, menjawab soalan dan bertanya soalan ialah:
- Inbound.org (Forum)
Kalau nak ambil bahagian dalam komuniti “online”:
- Tak perlu kongsi artikel dan “content”.
- Ambil bahagian dalam perbualan, “like” post, dan tulis komen.
Kita akan nampak seperti ahli yang aktif dan ahli yang lain akan lebih perasan dan ingat kita. Ahli yang lain juga akan berminat untuk lihat profil kita dan klik kepada laman web kita.
Kesimpulanya, potensi media sosial amat besar dan boleh bantu anda dalam perniagaan. Godek lagi dan cari petua atau cara meningkatkan trafik website untuk tambah ilmu. Nasihat terakhir, tentukan sasaran pilihan dan usaha untuk capai pembaca yang lebih luas dan menarik jumlah trafik yang besar kepada laman web anda.
kredit foto: www.clicknjoin.in