Menurut Ankit Singla seorang otai dari BloggerTipsTricks, “Internal link” merupakan salah satu cara “SEO” yang penting yang kebanyakan “blogger” salah buat.
Ramai yang abaikan perkara ini dan kita akan bincangkan mengenai binaan “internal link” dan cara yang betul untuk dapat kedudukan tinggi di enjin carian.
Tujuan “Internal links”:
- Merupakan teknik “SEO” (Search Engine Optimization) untuk “link”-kan dengan “post” lain.
- Meningkatkan penggunaan blog atau “website” kita oleh pembaca .
- Beri pembaca “content” yang “relevant” untuk dibaca.
“Internal Linking” ialah kita hubungkan satu “page” atau “post” kepada “page” atau “post” yang mempunyai maklumat yang lebih relevan senang cerita seperti “hyperlink”.
Tetapi “Internal link” hanya pergi bermain di dalam satu “website” atau blog sahaja tidak pergi ke “website” atau blog yang lain.
Kenapa perlu “Internal Linking” yang efektif
Boleh bantu kita dapat “ranking” yang baik di enjin carian.
Baca juga: 12 Tips Penting SEO Untuk Majukan Website Oleh Jeff Goins
1. Navigasi Yang Betul
Ia bantu kita akses pada page lain dalam “website” yang sama. Cara meningkatkan “SEO Website” ini dapat bantu pelawat dalam melawat “post” blog kita dengan lebih tersusun.
2. Beri Maklumat Yang Relevan Pada Pembaca Dan “Bots” Enjin Carian
“Internal linking” kita dapat beritahu pembaca ada “post” atau maklumat dalam “website” tersebut yang berkenaan dengan teks yang mereka sedang baca dan sebagai maklumat tambahan. Perkara ini akan beritahu “bots” perkara yang sama dan terus meningkatkan kredibiliti “website”.
*”Bots” ialah robot carian yang akan carikan maklumat yang dikehendaki di enjin carian.
Contoh,
“Post”- “Cara pilih keyword.”
“Internal Linking” pada “post”- “Tips keyword Google Adwords.”
3. Bantu Kurangkan “Bounce Rate”
Kita boleh biarkan pembaca duduk dalam “website” kita lebih lama dengan “internal linking”. Ini boleh berlaku bila pembaca nak tahu lebih lanjut mengenai sesuatu perbincangan.
4. Beri “Page” Lain Wangi Juga
Apabila satu “page” dalam “website” kita yang wangi dan lebih tinggi “ranking”, kita boleh letak “link” yang menuju pada “page” kita yang busuk itu. Ini dapat bantu beri wangian pada “page” busuk dan mula jadi lebih baik.
Bagaimana untuk buat “internal link”
Ia adalah satu seni “SEO”. Tujuannya untuk bawa banyak trafik dan menaik taraf ranking di enjin carian. Lihat langkah-langkah di bawah:
1. Perlu Ada “Content” Yang Banyak
Untuk “link” dan indeks kita perlu “content” yang banyak. Tak boleh dengan “post” atau “content” yang sedikit dan terus buat “link”. Akibatnya hanya sedikit “internal link” yang dapat dibuat.
Satu masalah lagi ialah “link” kepada “content” yang relevan sahaja dan jika ada sedikit “content” maka susah untuk dapatkan yang relevan.
2. “Link’-kan “Pages” Dan “Post”
“Page” dan “Post” dalam “WordPress” ialah sesuatu yang berbeza walaupun rupnya sama. Contohnya, beza “page” dan “post” dalam blog.
Contohnya, kita “link”-kan servis, produk kita pada “post” kita. Pastikan tidak lari dari tajuk dan ada kena mengena.
3. “Link” Pada “Page” Yang Lebih Terkenal Kepada Page Yang Tidak Terkenal
Gunakan internal “link” punya kelebihan dengan “link” kan “page” yang terkenal pada “page” yang tidak terkenal. Boleh lihat “page” kita yang paling terkenal dengan cara:
- Pergi “Open site explorer”
- Tulis URL “homepage” kita
- Klik pada butang “top pages”
- Dapat lihat “page” yang paling top dan utama. Boleh buka “page” dan letak “link” pada “page” kita yang tidak popular.
4. Guna Teks “Anchor” Yang Betul
Teks “anchor” gunanya untuk letakkan “hyperlink” pada “post” kita.
Gunanya ialah untuk bagi “internal links” kita nampak sama di mata “Google”. Dapat bantu pembaca tahu “link” apa yang terbuka untuk mereka tekan. Pastikan nama yang digunakan pada “page” kita dengan teks “anchor” berbeza. Jika sama, Google akan anggap sebagai “spam” dan ambil tindakan.
5. “Link” Pada Adik Beradik “Page”
“Link” pada “page” atau “post” yang ada kena mengena. Contoh perkara yang kita tak lakukan ialah “link”-kan “website” kereta kepada “website” pemeliharaan kucing bukan.
Contoh lagi, tidak sepatutnya “link”-kan page dari “post” “SEO” kepada “post” gossip mengenai artis.
6. Ikut “Internal Links” Kita
Cara ini untuk membiarkan “bots” melalui “link”-“link” “post” kita. Gunakan “attribute” “no follow attribute” “rel-nofollow”(plugin wordpress) untuk “SEO”. Dicadangkan untuk guna dan ramai yang guna dan untuk bantu mewangikan website “luar” yang mempunyai “ranking” yang rendah daripada laman kita.
7. Jangan Letak Terlalu Banyak “Internal Link”
Jangan terlalu banyak “internal link” atau lebih spesifik lagi jangan lebih 100 “link” untuk satu post yang panjang. Berapa banyak terpulang pada kita kerana tiada siapa yang tahu jumlah yang tepat dan sepatutnya cuma jangan terlalu banyak.
Alat bantuan binaan “internal link”
Kita boleh guna pelbagai “plugin” yang ada untuk “internal linking” di “WordPress” untuk mudahkan kerja kita. Antara yang biasa digunakan untuk automasikan binaan “internal link” dan uruskan “link” rosak seperti berikut:
- “No follow plugin”
Gunanya untuk buatkan “link” yang kita tambah sama ada “followed” atau “no followed”. Terpulang pada kita.
- “Internal link building plugin”
Gunanya untuk automasikan proses “internal linking”. Boleh tambah “keywords” dan URL yang spesifik yang akan disertakan pada “internal link” selepas “content”. Boleh juga “link” perkataan yang spesifik untuk indeks. Boleh “no follow” pada “link” untuk kes seperti “pemasaran affiliate”.
- “Internal Linking for scheduled posts”
“Plugin” yang simple ini akan bantu kita tambah “internal links” kepada dan dari post yang berjadual.
Baca juga: Panduan SEO Untuk “Beginner”
Kesimpulannya,
“Internal linking” mempunyai kesan negatif jika terlebih buat dan merosakkan strategi “SEO”. Dengan mengamalkan cara meningkatkan “SEO Website” dan teknik binaan “internal link” ini bolehla kita bangunkan semula “page” yang sudah jatuh atau takde dalam “ranking”.
Kredit foto: www.business2community.com