Laman web “Passsion for savings” ada menyatakan, setiap hari ada sahaja yang membuat duit di rumahnya sendiri. Jika kita dapat buat sedikit duit untuk bayar bil dan membayar sewa rumah pun jadilah.
Jika tidak pasti bagaimana nak mula, lihat 15 cara orang-orang yang sibuk buat duit atau kerja di rumah Malaysia. Mungkin salah satu cara ini boleh menjadi cara yang terbaik untuk kita dapatkan duit lebih.
1. Menjual Barang-Barang Di “Craigslist”
Perkara ini termasuk barangan elektronik, filem-filem, permainan, dan baju yang yang tidak diguna pakai lagi. Menjual di “Craigslist” sentiasa percuma.
2. Menjual Di “Ebay”
Di sini boleh menjual aksesori yang paling maju, beg tangan, barang kemas, barang kanak-kanak, barang yang orang kumpul dan sebagainya di “Ebay”. Sementara menyenaraikannya sentiasa percuma, kita cuma perlu bayar sedikit komisyen daripada jualan kita.
3. Mejual Barang Buatan Tangan Di “Etsy”
Kalau kita seorang yang suka menjahit, buat barang-barang seperti pasu, permata, barang-barang kain dan sebagainya yang berunsurkan buatan tangan bolehlah menjual di sini, Kita hanya perlu bayar bayaran yang murah untuk menjual di sini dan barang kita akan dapat dilihat oleh pembeli dari seluruh dunia.
4. Ambil “Online Survey”
Lihat kepada syarikat-syarikat yang mempunyai reputasi baik di mana kita boleh beri pandangan kita untuk dapat duit. Ambil beberapa “survey” dalam sehari dan lihat duit kita bertambah.
5. Jaga Haiwan
Jika kita seorang yang sukakan haiwan, bolehlah ambil kira jaga haiwan. Haiwan yang kecil adalah cadangan yang baik dan sesuai untuk kita jaga dan tengok-tengokkan dalam rumah kita dan pemilik akan berikan kita apa yang diperlukan untuk memastikan penginapan haiwannya selesa.
6. Tawarkan Penjagaan Budak
Jika undang-undang negara benarkan, cuba ambil satu hingga dua budak untuk kita jagakan. Ibu bapa mereka pasti menghargainya jika dijaga dengan baik dan kita juga akan lebih suka dengan pemberian duit lebih.
7. Cuba Buat Jualan Secara “Direct”
Jika kita suka menjual, kita boleh jual secara terus barang-barang seperti “Avon”, “Scentsy”, “Pampered Chef” dan barang-barang lain yang berkualiti dari rumah melalui perantaraan “website”.
8. Menjadi Seorang “Editor”
Jika kita mempunyai kelebihan kemahiran seni bahasa. Orang ramai perlukan penulisan yang senang untuk dibaca. Kerja mengedit penulisan ini boleh juga dilakukan dengan mudah di rumah kita yang selesa.
9. Menjadi Seorang Pengurus Media Sosial
Jika kita begitu arif atau tahu sedikit sebanyak mengenai media sosial dan bagaimana ia beroperasi, kita boleh bantu sesuatu perniagaan mendapatkan nama. Menjadi seorang pengurus media sosial dan bantu menjalankan mereka punya halaman media sosial.
Baca juga:Media Sosial Ini Untuk Bisnes
10. Menjadi Seorang Editor Gambar
Jika kita seorang yang tahu menggunakan “Photoshop”, bolehlah kita tawarkan servis sebagai editor gambar. Ini juga sebahagian dari kerja “graphic designer”.
11. Gunakan Kepakaran Buat Roti
Dengan kepakaran yang ada bolehla membuat beberapa jenis roti dan manisan untuk menjual di pasar-pasar hujung minggu.
12. Menjadi Seorang Pembantu Alam Maya
Tawarkan servis kepada “website-website” untuk meluangkan masa untuk menulis. Kerja kita mungkin termasuk menyusun “email”, mengedit, penyelenggaraan media sosial dan sebagainya. Kita juga boleh buat duit dengan mengambil bahagian sebagai penulis “online” di blog dan komuniti.
13. Buat Servis Kitar Semula
Jika kita seorang yang berbakat dalam mengitar semula barang, kita boleh tawarkan servis kepada kawan-kawan kita. Mereka boleh berikan kita barang lama dan untuk kita mengitar semula menjadi baru.
14. Menjual Barang Terpakai
Gunakan kemahiran “Ebay” dan “Etsy” untuk menjual pada keluarga dan kawan kita. Ini adalah cara yang baik untuk membuat duit dengan menggunakan masa lapang.
Terutama jika kawan kita mempunyai baju kanak-kanak atau barang yang berkualiti tinggi yang kita boleh jual. Jika mereka membuang perkara yang tidak lagi digunakan maka kita buat duit dari mereka.
15. Mulakan Dengan Buat “Website” Kita Sendiri
Pilih jenis keperluan yang kita minat untuk buat dan jual di website. Beli “domain” untuk “website”.
Pelajari cara membuat website, “ads”, “content” dan sebagainya. “Ads” yang ada pada “page” kita boleh berikan kita duit.
Ia akan mengambil masa untuk bina penonton tetapi jika kita pilih sesuatu yang kita minat maka kita akan terus berusaha.
Baca juga: Guna Media Sosial Untuk Bawa Trafik Masuk “Website”
kredit foto: www.makemoneyinlife.com