Menulis “headline” adalah segalanya-galanya, kajian sekarang menyatakan pengguna hanya akan ada 4 saat untuk lihat tajuk ayat iklan yang kita tulis dan jika tidak betul-betul menarik perhatian mereka. Mereka akan terus “scroll” ke bawah dan tidak akan baca content kita yang lain..sia-sia!!
Seorang penulis yang berpengalaman Lori Soard telah kongsikan artikel menarik tentang “headline”. Menurutnya, dengan belajar apa yang membuatkan “headline” nampak teruk boleh mengajar kita apa yang tidak patut dibuat dalam menulis “headline”.
Apa yang membuatkan “headline” itu teruk ialah sesuatu yang kita tidak sedar sehinggalah kita baca balik dan sedar betapa teruknya “headline” yang kita tulis.
1. Terlalu pendek
Sesuatu headline sepatutnya tidak panjang lebih dari 3 baris. Terlalu pendek juga menyebabkan pembaca rasa topik itu terlalu “general”. Kita nak bagi pembaca tahu artikel kita mengenai apa dengan sekali baca “headline” kita.
Contohnya,
“Perkara Yang Teruk”
Kita tidak faham artikel itu cerita tentang apa kerana terlalu pendek dan “general”.
2. Terlalu Panjang
“Headline” yang panjang gila tidak menjadikannya sesuatu “headline” yang baik.
Contohnya,
”Penyanyi terkenal menyaman kedai makan KFC selepas dia tergigit kaca semasa makan ayam KFC dan menyebabkan suaranya rosak.”
Apa kata kita pendekkan dan menjadikannya lebih baik dengan hanya fokus pada kata kunci.
“Penyanyi terkenal saman KFC kerana merosakkan suaranya.”
3. Terlalu Merepek
“Headline” yang terlalu merepek gagal untuk mengajak pembaca lihat dan baca semua artikel kita. Jika “Headline” nampak merepek maka artikelnya pun mungkin begitu.
“Headline” merepek berpunca dari penulisan yang lebih-lebih atau gagal untuk guna tanda baca yang betul.
Perlu “double check” tatabahasa supaya dapat betulkan kesalahan tatabahasa dan maksud “headline” kita difahami.
Perlu hati-hati juga dengan perkataan yang mempunyai banyak maksud supaya pembaca tidak salah faham.
Kesalahan tatabahasa mungkin ada segelintir pembaca yang tidak perasan, tetapi jika terlupa untuk guna tanda koma dengan betul sesetengah pembaca akan perasan dan membuatkan pembaca gila seketika akibat salah faham.
Contohnya,
“Kami sedang makan atuk”.
Kita akan faham yang cucunya sedang makan atuknya sendiri. Kejam dan tak berperikemanusiaan bukan. Jadi gunakan koma.
“Kami sedang makan, atuk”.
Cara yang terbaik untuk mengelak dari isu ini ialah peka dengan headline dan baca semula headline untuk pastikannya tidak merepek.
4. Terlalu Memaksa
Sesetengah “headlines” cuba untuk memaksa pembaca membaca artikelnya. Jangan memaksa pembaca kerana mereka akan membenci laman kita kerana telah memaksa mereka, lagi-lagi kalau artikel yang kita tulis tidak sama maksud seperti “headline” yang ditulis dan hanya olok-olok.
Contohnya, “Baca artikel ini sekarang juga kalau nak hidup”.
Ia seperti nota pemeras ugut dan memaksa. Orang tidak akan luang masa mereka baca artikel seperti itu.
5. Terlalu Nampak Seperti “Spam”
Pembaca sudah biasa terima “spam” dalam “inbox” mereka dan melihat tajuk subjek yang merupakan “spam”. Mereka sudah kenal “headline” jenis umpan klik yang mahu orang klik kerana headline tersebut bersifat mengejutkan dan provokatif. Pembaca biasanya akan mengelak dari “headline” yang sebegini.
Tanda-tanda “spam” dapat dikesan dengan “headline” yang digunakan.
Contohnya,
“Anda Mesti Baca Artikel Ini Sebelum Anda Pergi Makan.”
Pembaca tidak akan hiraukan dan terus pergi makan macam-macam.
Contoh lagi,
“Formula Magik Yang Akan Bantu Anda Dapat RM1000 Esoknya.”
Facebook telah pun ambil langkah untuk mengelak dari “post” “spam” seperti ini dengan hanya menayangkan “post” yang relevan pada pengguna dan headline yang bagus berpeluang untuk sampai pada lebih ramai orang dalam media sosial tersebut.
Nasihat Pengajaran
Dengan memahami elemen tajuk artikel yang baik dan elemen yang menarik perhatian orang, kita mempunyai peluang yang banyak untuk mencapai pembaca yang ramai dan membuatkan mereka klik pada tajuk kita dan baca selebihnya.
Baca juga: 5 Tip Pemasaran Terbaik Untuk 2016
kredit foto: www.jeffbullas.com