Menurut Brian Platz seorang pakar dalam bidang “website”, dengan kejatuhan ekonomi dunia banyak syarikat yang memikirkan sama ada nak mula bisnes online atau offline.
Perniagaan yang mempunyai kehadiran “online” semakin maju dan bertambah keuntungannya. Termasuklah perniagaan kecil yang menjual di web-web.
Perniagaan “online” memang patut dimanfaatkan untuk mendapatkan keuntungan yang lebih. Ada 10 sebab kenapa anda kena mula bisnes online
1. Ekonomi Baru
Internet sebagai medium untuk cipta ekonomi baru:
- Kita tidak perlu ada sebuah syarikat yang besar untuk berjaya dalam perniagaan “online”.
- Banyak syarikat kecil dan sederhana berjaya membina perniagaan “online” yang menguntungkan.
- Kajian menunjukkan, syarikat kecil dan sederhana bakal menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi pada tahun-tahun akan datang.
2. Internet Tempat Sesuai Untuk Berniaga
Untuk membuat jualan kita perlukan pelanggan untuk datang ke kedai kita. Jika kedai kita di dalam internet maka mudah untuk pelanggan membeli dengan hanya klik pada pautan-pautan dan lihat pada skrin untuk memilih barang dan membayar secara online.
Pemasaran yang betul boleh menambahkan bilangan pelanggan dan pembeli.
3. Imej Syarikat
Tidak kira kita menjual produk atau servis di luar atau melalui internet. Hari ini imej korporat juga berada dalam internet. Orang akan lihat kita sebagai syarikat yang tidak serius jika tidak mempunyai laman web.
Laman web yang menarik dapat menaikkan imej syarikat, lagi-lagi dengan produk dan servis yang hebat.
4. Memberikan Sokongan Pelanggan Yang Lebih Baik
Tuduhan dan pengekalan pelanggan adalah salah satu faktor utama dalam penilaian sesuatu produk/servis.
Dengan teknologi internet, perniagaan “online” dapat berikan sokongan pelanggan yang lebih efektif:
- Kepuasan pelanggan.
- Meningkatkan keuntungan.
5. Informasi Mudah Didapati Oleh Pelanggan
Ketiadaan internet dan teknologi maklumat telah melambatkan proses menghantar produk dan kemaskini maklumat servis kepada pelanggan.
Sekarang kita boleh menambah atau kemaskini sebarang perubahan pada syarikat dan berkenaan produk dan membolehkan seluruh dunia melihatnya dengan masa yang singkat.
6. Jimat Kos
Melalui sistem “online” segala urusan perniagaan dapat dimudahkan seperti pengurusan, bil, penghantaran dan lain-lain.
Melalui sistem “online” juga dapat kurangkan 5% daripada kos penyelenggaraan, pembaikan dan operasi mereka. Penjimatan ini boleh bertukar menjadi 50% daripada keuntungan bersih syarikat.
7. Perniagaan Selama 24 Jam
Perniagaan kita beroperasi walaupun kita sedang tidur. Perniagaan selama 24 jam adalah kelebihan yang terbesar. Walaupun kedai kita secara fizikalnya tutup tetapi melalui “online” ia tetap buka.
8. Kos Permulaan Yang Rendah
Membina sebuah “website” tidak perlukan kos yang tinggi. Banyak portal perniagaan sekarang membolehkan kita membina laman web menggunakan ‘template”.
Dengan serendah RM 300 sebulan anda boleh memiliki laman web perniagaan sepenuhnya dengan semua ciri-ciri ”e-commerce”.
9. Berniaga Secara “Mobile”
Internet membolehkan anda membuat perniagaan di mana sahaja. Lokasi fizikal tidak berapa penting dalam perniagaan “online” (kecuali untuk beberapa kes).
10. “Go Global”
Perniagaan “Online” tidak perlu dilaburkan jumlah wang yang banyak. Internet mengenakan bayaran yang nominal untuk membolehkan pelanggan yang ramai dari seluruh dunia akses “website” kita.
Idea dan pelan perniagaan yang baik adalah penting untuk majukan perniagaan. Jualan “Online” menjadi lebih murah dan mudah dengan teknologi baru tetapi kos pemasaran di internet semakin mahal.
Mula bisnes online sekarang, sebelum kos pemasaran “online” menjadi sangat mahal terutama bagi syarikat kecil.
Kredit foto: leighrorke.com