Serba sedikit panduan yang dikongsikan oleh Rand Fishkin dan Moz Staff yang mahir dalam bab ini. Panduan ini adalah untuk pengguna baru dalam menggunakan SEO dan serba sedikit maklumat untuk kita laksanakan strategi SEO (Search Engine Optimization).
Apa itu Search Engine Optimization (SEO)?
SEO ialah satu cara pemasaran yang fokus pada peningkatan yang boleh dilihat pada hasil dari enjin carian percuma. Strategi SEO merangkumi elemen teknikal dan kreatif untuk tingkatkan “ranking”, trafik pandu pada web kita, dan mudahkan pencarian sesuatu web dalam enjin carian.
Aspek SEO yang boleh dilihat,
- Guna perkataan yang laman web lain guna seperti yang mereka buat untuk pautkan pada web kita.
- Untuk pastikan laman kita dalam keadaan tersusun dan buatkan enjin carian faham.
SEO sebagai suatu “platform” untuk kita:
- Bina laman web yang mesra pengguna dalam enjin carian.
- Membina laman yang lebih baik untuk pengguna.
Bagaimana SEO Bantu Website Kita?
SEO mampu jana trafik kepada “website” kita dengan menggunakan “keywords”, supaya “website” kita mesra kepada enjin carian, membuat pautan dan memasarkan nilai unik yang ada pada laman dan sebagainya.
Kenapa “Website” Kita Perlu Guna SEO?
Majoriti trafik web lebih dipengaruhi oleh laman carian komersial yang terkenal seperti Google, Bing, dan Yahoo!. Begitu juga, sosial media dan jenis trafik yang lain boleh tarik banyak pelawat untuk ke laman web kita.
“Search Engine”
Enjin carian merupakan jalan dalam berikan sasaran trafik untuk membolehkan “website” kita dijadikan sasaran trafik dan menjumpai “website” kita tidak kira “website” kita menawarkan apa.
Jika enjin carian tidak jumpa “website” kita, kita akan terlepas satu peluang yang besar untuk menghala trafik pada laman kita.
“Search Queries”
Satu perkataan yang pengguna guna untuk taip dalam kotak carian mempunyai nilai yang luar biasa. Pengalaman membuktikan enjin carian boleh membantu kejayaan atau menggagalkan sesebuah organisasi.
Sasaran trafik dapat bantu :
- Publisiti
- Pendapatan
- Pendedahan tidak seperti saluran pemasaran lain.
- Pelaburan dengan kadar pulangan luar biasa berbanding jenis pemasaran atau promosi lain.
Mengapa Enjin Carian Tidak Dapat Mengenali “Website” Kita Tanpa SEO?
Enjin carian bijak dalam mencari namun perlu juga sesuatu bantuan. Enjin carian yang terkenal sentiasa meningkatkan prestasi teknologi mereka untuk menghasilkan carian yang lebih terperinci untuk dapat hasil yang terbaik kepada pengguna. Tetapi, setiap teknologi pasti ada kelemahannya. SEO bantu:
- Hubungkan laman web kita kepada ribuan pelawat.
- Tarik perhatian orang untuk lihat “website” kita.
- Cara yang salah dapat tanam “website” kita dan hanya sebilangan kecil pelawat yang tahu “website” kita.
- Tayangkan “content” “website” kita pada enjin carian.
- Naikkan tahap “ranking” kita (Orang akan lebih berpeluang jumpa “website” kita).
- Lebih banyak pelawat berbanding yang tidak guna SEO.
Boleh ke saya buat SEO untuk diri sendiri?
Dunia SEO adalah kompleks tetapi kebanyakan orang mudah faham akan asasnya. Dengan hanya berbekalkan pengetahuan yang sedikit mampu bantu menghasilkan perbezaan yang besar.
Mana nak belajar SEO?
- Pendidikan secara percuma telah diadakan secara meluas di web-web.
- Bergantung pada masa yang diluangkan, kemahuan untuk belajar dan “website” kita yang kompleks.
- Belajar dengan pakar.
kredit foto: www.seoblog.com