Apa itu Content Marketing ? Penting sangat ke?
“Content marketing” ialah pemasaran “content” di mana “content” memainkan peranan besar dalam bisnes kita bagi meyakinkan pelanggan untuk membeli produk kita.
Menurut bos besar di Rainmaker Digital,
Kita sekarang semestinya sedar betapa pentingnya “content” dalam pernigaan yang kita lakukan. Tapi bagaimana kita nak tahu “content” apa yang harus dijual dan “content” apa yang boleh diberikan secara percuma.
Semestinya jawapannya bergantung kepada jenis bisnes yang kita lakukan, jadi kenakan artikel ini dengan model yang sesuai dengan perniagaan kita.
Apa Yang Kita Dapat Bila Beri “Content Percuma”
Tujuan utama kita letakkan content percuma samaada dari segi artikel, video ataupun infografik ialah kerana kita mahu menarik pelanggan dan buatkan pelanggan rasa selesa dengan jenama dan bisnes yang kita lakukan
6 Kelebihan Beri Content Percuma
- Boleh tarik “targeted audience” dengan lebih banyak
- Boleh buatkan ramai yang share dan berkongsi maklumat yang kita berikan
- Banyak membantu kita naikkan nilai bisnes yang kita lakukan
- Boleh bezakan kualiti kerja kita dengan pesaing yang lain
- Boleh tunjukkan hasil ” case study” dan kisah kejayaan kita
- Boleh dijadikan “tester” sebelum kita lakukan jualan yang sebenar
4 Sebab Kenapa Ramai Beli Content Yang Kita Buat
- Orang sanggup bayar jika kita beri maklumat yang sangat mahal
eg: langkah-langkah untuk lakukan sesuatu
- Orang sanggup bayar untuk dapatkan nasihat dan pendapat bersandarkan kepercayaan yang kita berikan
- Jika tawaran kita eksklusif, sesiapa pun sanggup keluarkan duit ( BERKUALITI)
- Orang sanggup bayar untuk tahu pengalaman yang telah kita lalui
Tetapi……..
Apa Yang Patut Dielakkan Jika Kita Mahu Kongsikan Ilmu Secara Percuma
- Content percuma tidak digalakkan untuk diberikan secara keseluruhan dan menyelesaikan semua masalah
- Content percuma tidak seharusnya menunjukkan “Cara Bagaimana”
Cuba terapkan`kenapa dan mengapa sesuatu cara itu perlu dilakukan.
- Content percuma perlu dielakkan sekuriti yang terlalu berat buat pembaca untuk “access” masuk
- Content percuma tidak seharusnya memberikan terlalu banyak tugas berat untuk pembaca
Baca juga: 8 Pelajaran Dari Pakar Tulis “Content” Lima Bintang
Kesimpulannya, soalan apa itu Content Marketing sudah diberikan jawapan dan tidak salah untuk kita berikan maklumat kepada pembaca kerana secara jujurnya semestinya kita mahu membantu mereka yang belum tahu ilmu-ilmu tertentu yang sangat diperlukan.
“The more you give, the more you get back”
Ramai yang akan selesa jika banyak maklumat yang kita berikan itu sangat membantu dan mereka pasti tidak teragak-agak untuk beli apa yang kita jual!.
Baca juga: 7 Sebab Kami Langsung Tidak Peduli Dengan Penghasilan “Content” Tidak Berpengaruh
kredit foto: marketingland.com