Salah Besar “Owner” Produk Bisnes Baru

Launching Produk Baru - Ompact

Lebih 10 tahun Thue Madsen menceburi pelbagai bisnes namun pada permulaanya dia mendapati kegagalan demi kegagalan. Tetapi selepas beberapa tahun dia menjadi semakin berjaya.

Satu perkara yang dia belajar daripada pengalamannya ialah melambat-lambatkan “launching” produk baru  akan menyebabkan kerugian. Jadi perlunya bergerak laju untuk keluarkan sesuatu produk. Melambat-lambatkan keluaran produk akan menyebabkan kerugian. Ada 6 perkara yang menjadi penyebab kemusnahan dan cara untuk mengatasinya.

Baca juga: 8 Dosa Besar Yang Kita “Terbuat” Bila Jual Produk Di Media Sosial

1. Tidak Efektif

Tidak dapat keluarkan produk pada masa yang ditetapkan adalah suatu perkara yang patut dielakkan. Ia boleh menyebabkan kesan yang buruk pada masa akan datang lagi-lagi jika ada orang lain yang terlibat sama seperti pelabur untuk produk kita dan pihak akhbar. Kesannya orang akan ragu-ragu dengan kebolehan kita.

Sentiasa kejar “deadline” dan yang terbaik ialah siapkan sebelum “deadline”. Cara untuk elakkan dari berlakunya pembuangan masa ketika mengejar “deadline” ialah:

  1. Adakan matlamat dalaman dalam kumpulan- Matlamat ini hanya diketahui oleh ahli kumpulan dan tidak diketahui oleh orang luar. Tujuan matlamat ini ialah sebagai motivasi.
  2. Berikan masa untuk menilai semula. Matlamat dalaman kita biasanya jauh jarak tempohnya dengan tempoh “deadline” sebenar untuk beri masa kepada penilaian. Ini untuk mengambil kira masalah yang mendatang dan tidak diduga.
  3. Buat tanda sebagai sasaran. Matlamat dalaman boleh dibuat 5 hingga 6 tanda sasaran untuk melihat perkembangan kita.

Perkara yang biasa dilakukan dan yang patut dielakkan oleh usahawan baru ialah menjanjikan sesuatu yang tidak mampu ditepati.

2. Tidak Pasti Mengenai Masalah

“Launching” produk baru yang perlahan  mungkin disebabkan oleh kita dan ahli kumpulan yang tidak memahami masalah apa yang produk kita patut selesaikan. Perkara ini terus terjebak dan mengakibatkan masalah lain seperti:

  • Kekeliruan
  • Konflik
  • Perebutan untuk kawal produk.

Cara untuk mengatasinya ialah dengan berkomunikasi secara mendalam. Bertanya pendapat dan pandangan ahli-ahli kumpulan. Penting untuk selalu bertanya dan tidak bersangka buruk. Mengendahkan nasihat dan tidak peduli pandangan orang adalah orang yang sombong.

Berkomunikasi ialah mengenai bercakap dan mendengar. Beberapa tips untuk mendengar ialah:

  • Berikan ruang untuk orang lain bercakap dahulu
  • Tumpukan perhatian apabila mereka bercakap, jangan fikir untuk mencelah semasa mereka bercakap.
  • Apabila mereka habis bercakap ulang balik apa yang telah mereka cakap dan tanya adakah betul apa yang kita ulang dari percakapan mereka.
  • Sebelum berikan jawapan kita, tanya diri kita sejauh mana kebenaran dalam kata-kata mereka.

3. Takut Pada Pengguna

Jika kita betul-betul mahu keluarkan produk, penglibatan dengan pengguna adalah tidak asing lagi. Mengendahkan pengguna boleh menyebabkan penghasilan produk yang tidak diperlukan oleh pengguna.

Jika kita tidak pandai dalam libatkan diri dengan pengguna maka bolehlah mengupah orang yang pandai namun pengalaman dapat mematangkan diri kita. Beberapa tips bagi yang baru nak mencuba penglibatan dengan pengguna:

  • Adakan matlamat peribadi sebagai motivasi untuk libatkan diri dengan pelanggan.
  • Bercakap dengan orang asing semestinya tidak selesa bagi sesiapa yang baru dalam perkara ini. Dengan itu, minta seseorang yang kita percaya untuk bersama dengan kita. Ini adalah untuk membiasakan diri berkomunikasi dengan orang asing dan belajar beranikan diri.
  • Tidak semestinya perlu berkomunikasi secara bersemuka. Boleh menggunakan email, survey, atau melalui telefon.

4. Takut Pada Kegagalan

Ramai yang baru hendak mulakan bisnes takut untuk keluarkan produk kerana takutkan kegagalan, takutkan pandangan orang terhadap produknya atau takut tidak mampu bersaing dengan produk lain di pasaran. Lagi-lagi jika kita mempunyai produk yang bakal mengganti produk yang menjadi produk kegemaran orang pada waktu itu.

Beberapa tips untuk mengatasi ketakutan ini ialah:

  • Tanya diri apakah kegagalan yang bakal kita hadapi. Adakah ia menyebabkan kita jatuh miskin terus? Rasanya tidak.
  • Ingatkan diri bahawa kegagalan adalah cikgu yang terbaik.
  • Ingatkan diri bahawa ribuan orang yang berjaya telah pun lalui banyak kegagalan.
  • Cari orang berjaya yang pernah gagal dan tanyakan cara untuk atasi masalah yang dihadapi.
  • Bersama dengan orang yang berikan sokongan, menyayangi, dan mendorong kita.
  • Ingatkan diri bahawa kita mempunyai hak untuk keluarkan produk, sama seperti orang yang telah keluarkan produk mereka.

5. Perhatian Terganggu Oleh Banyak Perkara

Inilah pembunuh sebenar seorang usahawan. Terlibat dengan terlalu banyak atau pelbagai perkara akan menyusahkan kita terutama apabila tiba masa untuk keluarkan produk.

Bagaimana nak atasinya ialah dengan fokus. Fokus pada pengeluaran produk di waktu yang sepatutnya supaya lebih bersiap sedia. Beberapa tips untuk bantu kita fokus:

  • Cipta produk yang kita betul-betul boleh cipta.
  • Ingatkan orang yang terlibat tarikh keluaran produk dengan cara yang sesuai dan efektif supaya semua tidak terlupa.
  • Ingatkan diri dan orang lain sepanjang masa tentang fokus utama.
  • Tinggalkan apa-apa yang menganggu sama ada tarikh makan malam atau temu bual dengan akhbar. Tidak dinafikan semua itu penting tetapi kegagalan dalam mengeluarkan produk akan merosakkan semuanya.

6. Kesempurnaan

Kesempurnaan ialah berkenaan dengan mengusahakan pembaikan produk lagi dan lagi untuk membaiki kecacatan yang ada dan elemen buruk yang terdapat pada produk sehinggalah pelanggan mendapat produk yang sempurna.

Malangnya, ia sesuatu proses yang melibatkan kos yang tinggi kerana apa yang kita hasilkan kemungkinan besar tidak seperti apa yang pelanggan mahukan.

Jadi amatlah penting untuk berkomunikasi dengan jelas di mana tahap produk kita akan berada apabila ia dikeluarkan.

Kesimpulannya

Untuk menjadi usahawan yang berjaya memerlukan kerja keras. Perlu luangkan banyak masa sehinggakan perlu berkorban masa bersama keluarga dan kawan-kawan. Jangan biarkan susah payah kita sia-sia dengan menangguhkan keluaran produk kita.

Baca juga: Tips Jual Produk Kecantikan Dari Pakar

Add Comment