Konsep newsletter ini mungkin sudah biasa didengari bagi mereka yang telah lama berkecimpung di dalam dunia pemasaran. Ginny Soskev merupakan seorang penulis di blog.hubspot.com dan beliau mengatakan bahawa kaedah ini merupakan antara cara yang terbaik untuk membantu mengembangkan lagi bisnes kita.
Walaupun E-newsletter merupakan antara kaedah emel yang selalu digunakan, ia juga dianggap sukar untuk dilaksanakan jika kita tidak tahu caranya.
Semestinya kita mahu menghasilkan e-newsletter yang bagus untuk menarik perhatian pembeli. Jadi ini antara 6 teknik pemasaran email yang anda boleh gunakan untuk menghasilkan email newsletter yang menarik.
Baca juga: Apa Gunanya Ada Senarai Email?
1) Kita Perlu Menilai Kepentingan Menggunakan Email Newsletter
Perkara paling asas untuk kita tahu sebelum menggunakan email newsletter ini adalah dengan menilai kepentingannya dan juga sumbangannya. Tidak semua syarikat sebenarnya memerlukan kaedah email newsletter ini.
Pertama, kita perlu lakukan kajian dan mengenal pasti sama ada newsletter ini diminati pembaca ataupun tidak.
Jika ya, kenali isinya dan nilai semula matlamat perniagaan kita untuk tentukan sama ada kaedah ini terbukti membawa pulangan yang diingini. Jika pelanggan tidak menunjukkan minat ataupun ia tidak memenuhi matlamat kita, cuba alihkan perhatian kita terhadap kaedah lain.
Jadi fikirkan beberapa pelan yang sesuai dan rujuk pada bos kita. Kita akan memberikan tanggapan yang baik terhadap bos kita meskipun kita tidak bersetuju dengan pandangan mereka.
2) Mengenal Pasti Jenis Online Newsletter Untuk Dihantar
Salah satu masalah terbesar tentang email newsletter ini adalah ia mungkin kelihatan berterabur dan tidak khusus kepada sesuatu perkara sahaja kerana ia mempromosi bisnes kita dari pelbagai aspek.
Bila menulis email sama ada newsletter ataupun tidak, semua itu mestilah mempunyai matlamat dan kandungan yang sama.Antara cara untuk menyampaikan email newsletter ini adalah dengan menumpukan terhadap satu topik sahaja.
Fokus pada satu sudut sahaja daripada cuba untuk mempromosikan syarikat anda secara umum.
3) Mengimbangkan Newsletter Kita Dengan 90% Pembelajaran Dan 10% Promosi
Berkemungkinan besar para pembaca kita tidak peduli akan produk atau servis kita. Walaupun terdapat juga pelanggan yang setia, kita perlu menjaga mereka dengan sebaiknya sebelum mereka mula hilang minat dengan cara kita berbisnes.
Jika kita asyik fokus untuk menjual produk kita semata-mata, kita akan buat pembeli lari dan tidak mahu berurusan dengan kita. Sebaliknya, apa yang kita perlu buat adalah berkongsi informasi dengan mereka contohnya trend yang terkini ataupun tips yang bersesuaian dengan produk yang kita jual.
4) Tetapkan Jangkaan Di “Subscribe” Page
Setelah kita mengenal pasti topik dan pengisian newsletter kita, pastikan para pembaca yang telah melanggan(“subscriber”) menerima informasi yang mencukupi tentang semua itu di laman subscribe.
Kita juga perlu menjadi lebih spesifik dan memberitahu para subscriber tentang apa sebenarnya kandungan newsletter kita dan juga kekerapannya.
Dengan meletakkan diri kita di tempat pembaca, kita sendiri dapat mengenal pasti apa sebenarnya yang menarik minat mereka. Sebagai peniaga, mempunyai informasi seperti ini dapat mengurangkan bilangan unsubscribe dan kadar spam.
5) Gunakan Kreativiti Kita Dalam Menulis Subjek Emel Yang Menarik
Meskipun subscriber telah sign up untuk emel kita, tidak semestinya mereka akan membuka dan membaca setiap emel kita. Ramai di kalangan peniaga cuba menjual brand mereka dengan mengekalkan subjek yang sama setiap kali menghantar emel.
Tetapi realitinya, pembaca akan cepat bosan dengan cara itu. Ini kerana subscriber tidak merasakan kelainan atau memikirkan mereka tidak perlu membuka emel itu.
Pendekatan yang lebih baik adalah dengan mempunyai subjek yang kreatif dan menarik untuk setiap newsletter yang kita hantar.
6) Pilih Satu “Call-To-Action” Yang Utama
Apabila membuat newsletter, cuba hasilkan beberapa jenis call-to-action (CTA ). Tetapi pastikan CTA itu tidak menguasai kandungan newsletter kita.Apa kita perlu buat adalah meletakkan satu CTA yang utama. Hanya tentukan satu sahaja perkara utama yang pelanggan kita harus lakukan.
CTA yang selebihnya cuma sebagai pilihan kedua. Sama ada mereka cuma perlu klik untuk pautan ke blog atau hanya untuk dikongsi(forward) kepada rakan mereka. Ini akan memudahkan subscriber untuk mengenal pasti apa sebenarnya yang mereka perlu lakukan.
Baca juga: 37 Petua Untuk Menulis Email Yang Orang Minat Nak Baca
Kredit foto: www.cpl.ie