Tips Jual Produk Kecantikan Dari Pakar

Cara pemasaran yang baik - Ompact.my

Launch Grow Joy telah menyediakan tip-tip dari sebuah komuniti usahawan dan kongsikan tip terbaik cara pemasaran yang baik untuk produk kecantikan dan membawa produk kita untuk berada di pasaran.

Tip Don Monique Joyce Dari Kevin’s Closet, LLC

Kekalkan hubungan dengan beberapa orang yang penting boleh bantu mempromosikan bisnes kita dengan bayaran yang tidak mahal. Contohnya, blogger, editor kecantikan, kawan, dan keluarga. Balas budi mereka selain itu promosikan bisnes dan usaha mereka juga.

Buat sesuatu yang boleh bantu pelanggan yang berpotensi untuk tahu tentang kita dan bisnes kita. Contohnya, buat pameran di pameran perdagangan dan persidangan.

Bantu juga orang lain. Dengan bantu orang kita boleh dapat tarikan dari usahawan lain yang cuba untuk capai kejayaan macam kita. Jadi seorang mentor pada mereka dan bantu mereka dalam perjalanan sejauh mungkin. Dengan bantu orang lain kita bantu diri kita juga.

Tip Joe Marks Dari Baudelaire

Faktor terpenting pelanggan beli produk mandian dan penjagaan badan ialah wangian. Kita perlu pastikan produk kita boleh dibau oleh pelanggan. Sabun buku, bungkusannya yang memainkan peranan, dan untuk cecair pula ialah melalui penguji atau perasa produk.

Tip Angie Barrett Dari Angie’s Suds ‘N Such

Tip untuk jual produk mandian dan badan ialah dengan adakan produk kita di tempat pelanggan boleh pegang. Produk seperti ini susah untuk terjual secara “online” kerana orang tidak boleh bau. Jadi cara yang boleh dibuat ialah dengan berikan sebagai hadiah kepada kenalan kita yang hampir atau kenalan keluarga. Boleh juga sebagai hadiah hari jadi.

Selain itu boleh juga berikan sampel kepada pelanggan suruh mereka cuba, tanya juga jenis bau wangian yang mereka cari dan beri pada mereka untuk bau. Kebanyakan pelanggan lebih berminat untuk beli produk yang diberi kepada mereka daripada kita menyuruh mereka cari produk dan bau sendiri.

Untuk pelanggan “online” boleh juga beri mereka sampel lain yang kita fikir mereka akan suka, berdasarkan apa yang mereka beli. Berikan cadangan kita. Beri penguji produk rasa produk baru kita dan hantar sampel pada mereka untuk dapatkan maklum balas mereka.

Tip Racheal Kash Dari Lulu Blossom

Hasilkan produk yang unik dan menarik dengan mempunyai keseluruhan ciri-ciri “brand” yang baik untuk lebih menonjol dari produk lain di rak kedai dan “online”. Selain itu, penting juga untuk tonjolkan keunikan produk dengan bungkusan produk.

Tip Jovan C. Speller Dari WildRoots, LLC

Gunakan media sosial untuk sebarkan produk kecantikan kita. Tidak dinafikan memang susah untuk buat kenal kita atau kerja kita sebelum mula “follow”, “like” dan membeli dari kita. Hubungkan Twitter, Facebook page, website, Pinterest dan sebagainya yang kita ada pada Facebook page peribadi kita. Ini adalah cara untuk viralkan produk kita dan dapatkan jualan pertama.

Gunakan maklum balas dan komen dari pelanggan untuk dapatkan lebih jualan lagi. Kuncinya adalah kesabaran untuk redah ujian. Bila kali pertama kita letak produk di pasaran dan tak dapat banyak jualan dalam beberapa hari semamangnya mudah untuk runtuhkan keyakinan diri kita.

Perlu sabar dan fokus kerana apa yang kita buat adalah cuba ubah orang ramai, buat sesuatu yang lain, belanjakan wang kita sebagai pengorbanan. Ia mengambil masa dan usaha untuk menaikkan “brand” kita dan pemasaran produk pertama kita. Perkara tidak akan menjadi susah selepas berjaya kali pertama.

Tip Ann Marie Craig Dari Century Farmhouse Handcrafted Artisan Soaps

Idea pemasaran yang menonjol ialah mengetahui apa yang pelanggan mahu dan menjadi fleksibel adalah cara untuk dapatkan pengetahuan itu. Mempunyai produk yang berkualiti tidak cukup, orang nak tahu dari mana datang bahan-bahan makanan, dan bagaimana ia dibuat, dan bagaimana ia digunakan dan mereka tidak takut untuk bertanya soalan.

Adakan cerita berkait dengan produk kita. Samaada cerita latar belakang bisnes atau cerita mengenai produk individu yang dapat bantu pengguna rasakan sebahagian proses kreatif dan bawa mereka untuk cuba barang kita yang lain.

Tip Philip Masiello Dari 800razors.com

Tipsnya ialah jika produk orang lain kelebihannya sama seperti produk kita maka tidak perlu kita mengharapkan sangat. Terlalu ramai yang menjual produk mandian dan badan di luar sana dan persaingan amat luas untuk meraih perhatian pengguna.

Kita perlu cari suatu keperluan yang buatkan ia menonjol dan bertepatan dengan sasaran pengguna dan menyelesaikan masalah pengguna.

Masalah dan penyelesaian adalah kunci kemenangan dalam persaingan yang luas. Keunikan sesuatu “brand” boleh mempengaruhi pengguna-pengguna. Kepercayaan pengguna pada kualiti, jaminan dan harga terbaik sesuatu produk membuatkan mereka membeli produk tersebut.

Tips Shawn Childers Dari Alonus Fitness Wear

Bila kita nak jual sesuatu produk contohnya, produk kecantikan seperti produk mandian dan badan, duduklah bersama orang yang positif dan dapat mengalakkan kita untuk mencapainya. Duduk bersama orang yang berpengalaman dan mempunyai matlamat yang sama seperti kita.

Tips Lauren Gard Dari 99 Designs

Jangan gopoh dalam bab “branding” –kan produk kita. Buat kajian, survey dan fikir betul-betul mesej apa yang kita nak sampaikan pada sasaran pelanggan kita. Bekerja dengan orang yang profesional untuk dapatkan sesuatu yang unik dan bermutu tinggi.

Dengan bajet yang ciput kita tidak tahu mana nak mulakan dan bekerja dengan seorang pereka grafik sebagai contoh. Cari tempat yang membolehkan kita belajar dengan pakar untuk bantu kita buat “design” “brand” yang unik dan bermutu tinggi.

kredit foto: www.mindtheproduct.com

Add Comment