Matt Banner seorang blogger yang berpengalaman telah kongsikan sedikit sebanyak mengenai trend didalam media sosial. Media sosial sememangnya semakin berubah dan terus berubah mengikut “trend”.
Sekarang sudah “hot” dengan pemasaran “online” melalui media sosial. Jadi sudahkah kita ambil manfaat yang ada pada “trend” media sosial yang lepas atau sebelum?
1. “Mobility” Sudah Menjadi Keutamaan
Teknologi bantu mudahkan kita sampaikan kita boleh akses internet di mana sahaja dan pelbagai alatan “mobile” untuk bantu kita bawa alatan tersebut di mana sahaja. “Website” yang boleh ditayangkan di alatan “mobile” yang pelbagai menjadi website yang diminati ramai.
“Trend” “platform” media sosial sekarang:
2. Promote “Post” Melalui Media Sosial
Dengan menggunakan media sosial kita bolehla buat duit. “Feature” “boost” yang ada dalam Facebook gunanya untuk promotekan post kita jadi gunakan.
Pembayaran untuk “boost” post kita ada pilihan dan mengikut option yang dipilih memainkan peranan untuk post kita disebar luaskan dan sampai pada orang ramai.
Sekarang ini susah nak dapat perkhidmatan “free”, jadi terima sahaja demi untuk capai matlamat.
3. Berdagang Melalui Media Sosial
Jual beli barang secara “online” dah jadi trend sekarang jadi ambil peluang untuk jual dan “viral”-kan jualan. Salah satunya dengan Twitter. Butang “buy” pada twitter membuatkan beli belah secara “online” begitu memudahkan dan mencepatkan pembelian dari pembeli.
“Explore” lagi untuk dapat lebih banyak kelebihan media sosial yang boleh kita ambil manfaat untuk mudahkan kita.
Baca juga: 5 Pelajaran Pemasaran “Content” Untuk Dijadikan Viral
4. “Vlogging” Bantu Pemasaran Produk
“Vloggin” atau video “blogging” adalah “trend” tahun lepas namun masih boleh dipakai. Youtube sememangnya tumpuan ramai dalam bab video.
Video pendek dan padat dikongsikan lebih kerap berbanding “link” dan teks sehinggakan tidak perlu iklan yang cun-cun sangat atau kempen pemasaran tapi hanya perlukan “review” pengguna dan impresi orang ramai sudah cukup untuk “promote” produk kita.
Jadi untuk “promote”-kan barang kita tidak terhad hanya melalui teks dan “link”.
5. “Platform” Yang Lebih Fokus Pada Keperluan
Sekarang sudah ada pelbagai “online” “platform” seperti Instagram, Snapchat, Twitter dan pelbagai lagi yang semakin banyak. “Wesite-website” ini ada penonton yang spesifik sesuai dengan matlamat mereka untuk mensasarkan pada keperluan pengguna online yang spesifik.
Kita juga boleh buat “website” sendiri yang bertujuan memenuhi kehendak pengguna lain dan mendapatkan untung.
Baca juga: 12 Tips Penting SEO Untuk Majukan Website Oleh Jeff Goins
6. Kemajuan Privasi “Internet”.
“Hackers” sememangnya musuh bagi pemilik maklumat yang privasi dan rahsia. Kebocoran maklumat penting adalah satu isu di kalangan pengguna “online”. Perjanjian kita dengan pengguna untuk tidak jual maklumat mereka adalah satu perkara yang penting.
Salah satu solusinya, “platform” baru sudah ada ruang privasi dan “option” yang ada untuk berada dalam “private”. Gunakan untuk rahsiakan maklumat-maklumat penting kita.
Penghabisan Cerita
Media sosial semakin mudahkan pengguna dengan pelbagai kemudahan. Untuk “post” pun, “platform” seperti “Buffer”, “Hootsuite” dan sebagianya amat memudahkan aktiviti mengepost dan menjadualkan “post”.
Mengetahui “update” tentang “platform-platform” baru yang ada boleh bantu mudahkan kerja-kerja kita dalam sosial media yang lagi trend dan bisnes “online” kita. Uruskan media sosial kita dengan cara yang profesional.
kredit foto: www.clickmatix.com