Strategi Mencipta Produk Yang Berkualiti

Teknik-Pemasaran-Produk---Ompact.my

Merujuk Pakar Pemasaran Seth Godin, Strategi pemasaran yang hebat boleh membuatkan kita berjaya menjual apa sahaja walaupun produknya biasa-biasa. Tetapi mengikut era perkembangan moden sekarang, persaingan sangat sengit dan kita semestinya membuat sesuatu yang luar biasa  untuk kekal berada di dalam dunia pemasaran.

Luar biasa bermaksud sesuatu yang bernilai, yang diluar jangkaan, baru, menarik.

1. Kita Perlu Mewujudkan Permintaan Dengan Membuat Produk Yang Unik

Seperti produk wal-mart, four seasons, dan sebagainya merupakan produk yang telah berjaya kerana produk mereka berbeza berbanding yang lain. Mencari kelebihan yang ada bersama “team member”. Kita mencuba salah satu kelebihan yang ada untuk membolehkan kita menghasilkan pencapaian yang kita kehendaki.

2. Strategi Yang Sambil Lewa Adalah Strategi Yang Sangat Berisiko

Dalam pasaran yang sesak jika kita tidak dapat menyesuaikan diri dengan pantas adalah merupakan satu kegagalan seperti strategi pemasaran produk kecantikan. Begitu juga jika kita tidak menyerlah sama seperti kita tidak wujud dalam pasaran yang begitu sibuk dan mencabar.

3. Apabila Sesuatu Perkara Tidak Berhasil, Mengenal Pasti Kerugian Adalah Penting Dan Terus Bertindak

Pada ketika kita mengetahui masa depan produk kita tidak mencapai untuk menjadi produk yang luar biasa, tiba masa untuk kita mencari jalan penyelesaian secepatnya. Ini kerana pelanggan tidak akan terpesona dan berkata-kata tentang produk kita dan melabur dalam produk yang tidak laku adalah tidak berbaloi.

4. Selain Dari Mencuba Untuk Menjual Kepada Orang Secara Rambang, Lebih Baik Tarik Perhatian Pelanggan Yang Lebih Spesifik

Pada permulaan, menarik pelanggan adalah sangat penting kerana mereka akan menjadi salah seorang yang akan sentiasa mendengar kata-kata kita. Dalam erti kata lain, jangan serabutkan diri untuk mendapatkan ramai pelanggan. Tetapi mencari pelanggan yang suka apa yang kita lakukan, mereka perlukan produk kita dan sentiasa mahu guna produk kita.

5. Mengenal Pasti Demografik Yang Menguntungkan Kita. Pelanggan Setia Kita Akan Membantu Kita Jana Idea Yang Lebih Bernas

Kita harus memikirkan sekumpulan pelanggan yang menguntungkan bisnes kita. Dan lebih baik jika kita memikirkan bagaimana untuk membangunkan/mengiklan/memberi ganjaran kepada kumpulan lain.

6. Mengambil Kesempatan Ketika Waktu Ekonomi Merundum. Ia Lebih Mudah Untuk Menjadi Luar Biasa Semasa Kejatuhan Ekonomi Kerana Orang Lain Terlalu Takut Untuk Meninjau Pasaran

Waktu ini adalah waktu yang sesuai untuk melancarkan produk kerana pasaran sedang menurun. Apabila berlaku kerugian kepada syarikat-syarikat/firma ketika pasaran sedang menurun, mereka akan berusaha sedaya mungkin untuk mencari jalan keluar untuk memajukan syarikat mereka.

7. Masuk Ke Dalam Zon. Kita Tidak Perlu Menjadi Seorang Genius Untuk Mencipta Produk Yang Hebat, Tetapi Kita Perlu Mempunyai Pemikiran Yang Betul

Kita tidak memerlukan minat atau kreativiti. Apa yang kita perlukan adalah kita harus menyedari yang kita tidak mempunyai pilihan lain tetapi hanya untuk mengembangkan bisnes dan melancarkan produk. Jika kita ingin membuat sesuatu yang biasa-biasa, jenis pemikiran kolot, tetapi jika kita mahu sesuatu yang luar biasa, strategi kita perlu lebih fokus kepada keputusan jangka panjang.

8. Mengambil Kesempatan

Jika kita telah mencuba semua cara dan ia tidak berhasil, kemudian memikirkan cara yang lebih mudah. Syarikat-syarikat yang memilih jalan yang mudah masih boleh mendapat permintaan yang tinggi untuk produk mereka. Mudah adalah cara yang malas tetapi boleh digunakan sebagai pilihan terakhir jika kita kekeringan idea.

9. Jangan Mengharapkan Permulaan Produk Kita Sentiasa Laku. Sebaik Sahaja Kita Mendapat Keuntungan Pertama, Kita Harus Bersedia Untuk Lancarkan Produk Yang Luar Biasa Sekali Lagi

Palm, Yahoo !, AOL, Marriott, Marvel Comics dan Maxwell House menggunakan strategi: “Setiap syarikat mempunyai satu kejayaan, membina empayar di sekitarnya, dan kemudian gagal untuk mengambil risiko yang lain.” Sebaliknya mereka harus melancarkan produk yang baru seperti kerana produk yang menjadi luar biasa sebelumnya tidak akan kekal luar biasa pada masa akan datang.

Kredit foto: static-secure.guim.co.uk

Add Comment