Memang Berniaga, Tapi Nak Rancakkan Jualan Melalui Teknik Online!

Kelebihan Bisnes Online - Ompact.my

Sejak lahirnya internet, hidup manusia telah berubah kepada satu revolusi baru dimana internet menghubungkan manusia dari seluruh pelosok dunia menjadi hanya dihujung jari.

Sekarang kita boleh dapat maklumat mengenai semua perkara dengan menaip di “keyboard” komputer di rumah.

… itu sedikit pendahuluan

Hari ini, ramai yang lebih selesa melakukan bisnes secara online berbanding keluar berhempas pulas mencari kerja yang bagus di luar. Apa yang membuatkan kenyataan ini berani dikeluarkan ? ..baca tip bisnes online bawah ni..

5 Kelebihan Melakukan Bisnes Online

1) Jimat Duit

Melakukan bisnes pastinya memerlukan modal yang banyak.

  • Modal memulakan perniagaan
  • Modal memberitahu pelanggan mengenai bisnes
  • Modal pengiklanan dan banyak lagi…

semua ini dapat dikurangkan dengan melakukan bisnes online

2) Jimat masa

Berapa banyak masa yang selalunya kita guna untuk menghantar poster perniagaan kita keserata tempat?

Dengan jumlah manusia yang meluangkan banyak masa mereka secara “online”. Lebih mudah caranya untuk kita memberitahu mereka jika kita menggunakan teknik yang betul.

3) Jimat  “Man Power”

Komputer, Telefon pintar dan segala peralatan online adalah perkerja kita. Mereka tidak akan merungut mengenai gaji yang sikit dan mengadu dengan tempoh kerja yang terlalu lama

4) Jimat Tenaga dan Usaha

Jika persiapan online kita contohnya seperti proses pembikinan website ( Kedai alam maya kita) selesai. Ia akan berkerja selama 24 jam dan 7 hari seminggu.

Disini kita sudah tidak perlu keluar berjumpa pelanggan dimana purata untuk ditolak sangat tinggi

Dalam kata mudah, kita boleh jumpa 1000 orang pelanggan kita dalam masa yang sama. Manusia dari seluruh perlusuk dunia boleh melawat kedai kita tidak kira sewaktu kita sedang tidur atau jaga.

5) Boleh bekerja dimana sahaja

Ini anda kelebihan yang paling digemari, kerja boleh dilakukan dimana- mana sahaja  samada dirumah, kedai makan ataupun kedai kopi.

Untuk permulaan banyak penjimatan duit dari segi penyewaan pejabat dan pembelian perabot ofis boleh kita lakukan.

Tetapi semua kelebihan ini tergantung kepada cara kita melakukannya.

  • Dengan menggunakan ilmu yang betul
  • Dengan mengikuti guru yang betul

” Setiap tindakan pasti jadi mudah jika kita ikut guru yang betul “

semestinya proses perjalanan kita mahupun jika masih baru bekerja menggunakan komputer bakal menjadi mudah dan pantas. 

Kesimpulannya, kalau nak cerita semua tip bisnes online atau kelebihan bisnes “online” memang banyak. Apa kata anda mulakan dan rasakan sendiri kemudahan bisnes online berbanding berniaga secara “offline”.

kredit foto: www.followstephs.com

Add Comment